GRS Perlu Fokus Kukuhkan Kerjasama Antara Parti Sedia Ada – SUA PBS

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Hasrat Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di bawah pimpinan Datuk Peter Anthony untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seolah-olah tidak diterima dengan tangan terbuka.

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai berkata, biarpun mereka mengalu-alukan sokongan daripada seluruh rakyat Sabah namun, gabungan tersebut tidak harus tergesa-gesa menerima rakan pakatan baharu yang belum diketahui kesetiaan parti tersebut.

Pendirian itu jelas menunjukkan keinginan Peter Anthony untuk menyertai gabungan berkenaan tidak diterima baik oleh semua parti dalam gabungan berkenaan.

Ketua Penerangan GRS itu berkata, ketika ini gabungan itu harus memberi fokus mengukuhkan kerjasama antara parti-parti sedia ada sebelum mempertimbangkan penyertaan parti baharu.

Beliau berkata, gabungan tersebut dibentuk secara rasmi susulan kejayaan parti-parti sedia ada memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16. Maka, gabungan ini harus mengekalkan ahli sedia ada yang terbukti sebagai rakan kerjasama sebenar.

GRS disertai oleh Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pas; Barisan Nasional (BN) yang dianggotai UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta PBS.

Beliau berkata, ini adalah pendirian PBS mengenai hasrat Parti KDM yang ingin menyertai GRS. Peter ketika mengumumkan nama parti baharunya semalam menyatakan parti itu akan memohon menyertai gabungan berkenaan.

Joniston, yang juga ADUN Kiulu itu berkata, parti baharu yang berhasrat untuk menyertai GRS perlu menujukkan bahawa mereka mempunyai aspirasi dan motivasi politik yang tinggi untuk menyumbang kepada gabungan parti pemerintah itu.

“Sebarang keputusan menerima parti baharu termasuk mereka yang mengisytiharkan mesra GRS perlu mendapatkan persetujuan semua rakan dalan gabungan ini.

“Keutamaan kita adalah melindungi rakan gabungan yang asal dan mengukuhkan lagi perpaduan dalam GRS. Apa yang kita mahu lihat adalah gabungan yang dibentuk berdasarkan kepercayaan rakyat ini akan sentiasa dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Joniston juga meletak kepercayaan kepada Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor untuk memastikan keharmonian rakan parti dalam GRS yang asal terus dikekalkan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat