Polis Buru Lelaki Positif Covid-19 Lari Dari Hospital

- Advertisement -

KINABATANGAN – Polis memburu seorang lelaki dilaporkan positif Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Kinabatangan hari ini.

Suspek yang juga pesalah narkotik warganegara Filipina berkenaan dikenali sebagai Suhin Mursidi, 37, sedang menjalani proses kuarantin sebelum bertindak melarikan diri dari hospital dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, lelaki terbabit ditahan pada Jumaat minggu atas kesalahan dadah.

“Suspek diberkas di sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit dan periksaan mendapati lelaki berkenaan memiliki dadah seberat 30.21 gram.

“Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk menjalani saringan Covid-19 sebelum dimasukan ke lokap.

“Bagaimanapun, suspek didapati positif Covid-19 dan dirawat serta perlu menjalani kuarantin di hospital berkenaan.

“Suspek disyaki melarikan diri daripada pintu belakang wad lelaki hospital terbabit sekitar awal pagi hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dzulbaharin menyatakan lelaki terbabit sewaktu melarikan diri dipercayai memakai baju kemaja T berwarna hitam dan seluar jeans.

“Operasi mengesan suspek sudah dilancarkan termasuklah bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

“Orang awam diminta menyalurkan maklumat sekiranya melihat suspek terbabit dengan menghubungi IPD Kinabatangan di talian 089-561890. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksye 223/224 Kanun Keseksaan,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat