KPM dapat peruntukan besar, PM gesa baiki kemudahan prasekolah seluruh negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kementerian Pendidikan (KPM) digesa melihat semula pelaksanaan sistem prasekolah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi memastikan pendidikan prasekolah tidak melebar jurangnya antara kawasan pedalaman, desa dan kota.

Katanya, tahun ini dengan peruntukan terbesar diberikan kepada Kementerian Pendidikan, kerajaan mahu kemudahan prasekolah ini ditambah untuk semua sekolah di seluruh negara.

“Gesaan saya, dalam tempoh singkat, pastikan tahun ini 2024, kita menyediakan kemudahan tambahan supaya peluang prasekolah itu dikendalikan Kementerian Pendidikan diberikan kepada semua pelajar.

“Dalam belanjawan Madani, bidang pendidikan mendapat peruntukan terbesar, ..sebab itu sekali lagi kita gunakan peruntukan itu untuk keperluan asas.

“Tahun lalu, kita peruntukan RM1 bilion hanya untuk membaiki tandas, yang mana sebanyak 8,600 tandas daif dikesan di sekolah…walaupun ia sekolah hebat termasuk Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), 20 tandas masih diperbaiki, ini belum lagi sekolah di Chaeok Kudung (Kedah), Manek Urai atau di Kapit, ” katanya berucap merasmikan Wacana Pemikir Global, di Universiti Malaya pada Isnin.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) , Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebelum fokus terarah kepada usaha mengangkat pendidikan tinggi, perkara asas dan pendidikan rendah juga perlu diberikan perhatian.

Katanya, bagaimana hendak membuat reformasi sistem pendidikan tinggi sedangkan pendidikan awal masih ketinggalan dan memperlihatkan jurang yang besar.

“Sekarang ini, wujud kesenjangan yang melebar antara bandar dan desa, miskin bandar dan miskin desa, ” katanya.

Anwar menegaskan, beliau mengutamakan penyelesaian masalah masyarakat umum berbanding hanya menumpukan kepada reformasi yang lebih besar.

Katanya, masalah miskin turut menjadi keutamaan yang mana ini usaha berterusan bagi menoktahkan miskin tegar di negara ini.

“Alhamdullilah, kita berjaya menoktahkan miskin tegar ini Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Kita sedang mengumpulkan data dari semua negeri yang lain dan berusaha menoktahkannya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat