Umno tak kuat pun di Selangor, bahagilah jawatan JPPK dengan PH – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Selangor wajar dibahagikan dengan semua parti komponen Kerajaan Perpaduan bukan semuanya diserahkan kepada seperti dihasratkan Ketua Umno Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan adalah tidak wajar Umno minta semua 373 jawatan Pengerusi JPKK di Selangor.

“PKR kata tidak wajar Umno minta semua 373 jawatan Pengerusi JPKK Di Selangor. Selaku orang luar, saya sokong pandangan PKR dalam bab ini.

“Jawatan itu sepatutnya dibahagikan juga kepada DAP, PKR dan Amanah. Lagipun, Umno tiada kekuatan di Selangor. Saya setuju.

“Rakan-rakan dari PH tentu setuju dengan saya,” katanya.

Terdahulu, Naib Ketua PKR Selangor Juwairiya Zulkifli menyifatkan tidak wajar Umno Selangor meminta semua 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), selepas mengembalikan kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Pakatan Harapan (PH).

Beliau sebaliknya meminta Barisan Nasional (BN), rakan baharu mereka dalam kerajaan negeri, meneliti semula tuntutan itu.

Timbalan ketua Wanita PKR itu berkata, pemimpin PH dan BN negeri sudah membincangkan pembahagian jawatan sebelum ini, termasuk ahli majlis PBT.

“Namun, perbincangan lanjut (pimpinan PH dan BN Selangor) perlu dilakukan semula susulan maklum balas pengerusi Umno negeri,” katanya.

Sebelum itu, Umno Selangor memaklumkan mereka akan mengembalikan kuota 20 jawatan ahli majlis PBT di negeri itu kepada PH.

Megat Zulkarnain Omardin dilaporkan berkata, tindakan itu bukan disebabkan pihaknya “merajuk”, tetapi bagi menafikan dakwaan parti itu tamak dan mendesak PH.

Bagaimanapun, katanya, Umno Selangor mahu semua 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan JPKK diserahkan kepada pihaknya.

Sementara itu, Setiausaha PKR Selangor Mohd Khairuddin Othman menyifatkan cadangan Megat Zulkarnain bersifat sebelah pihak dan belum muktamad kerana Menteri Besar Amirudin Shari yang akan membuat keputusan.

“Apa pun lantikan yang akan dibuat, akan melalui proses perbincangan. Setiap parti berhak mencadangkan apa saja dan akhirnya diputuskan oleh menteri besar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat