“Anak saya perlu kemuka transaksi sepanjang 42 tahun, jika gagal akan dipenjara” – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa anak lelakinya, Mirzan,66, dituntut mengemukakan transaksi sepanjang 42 tahun dan sekiranya gagal beliau berdepan hukuman penjara 5 tahun.

Bekas Perdana Menteri itu malah mendakwa hukuman penjara 5 tahun yang bakal dihadapi anak keduanya itu bukan apabila didapati bersalah sebaliknya jika gagal kemukakan transaksi dan mengisytiharkan aset bermula 1981 hingga sekarang 2024 dalam tempoh 30 hari.

“Anak saya disiasat dan diugut bahkan saya juga turut diugut kononnya saya buat kesalahan. Saya nak tanya kepada (Tan Sri) Azam Baki siapa yang buat tuduhan itu, kenapa dia tak beritahu kepada saya?

“Kenapa dia pergi beritahu kepada anak saya kononnya ada tuduhan dan anak saya mesti buat kenyataan.

“Tapi sepatutnya kalau kamu tuduh seseorang, kamu harus memberitahu dia, hey kamu dituduh atas kesalahan membunuh ka, beritahulah supaya saya boleh mempertahankan tuduhan itu tapi tak ada. Tiba-tiba cari anak saya kononnya suruh anak saya buat kenyataan supaya saya ternampak salah,” kata Dr Mahathir ketika sidang media di Putrajaya pada Isnin.

Dr Mahathir juga memaklumkan ketika menjawat jawatan Perdana Menteri ke-4 pada 1981, anaknya Mirzan masih menuntut di universiti.

Dr Mahathir menyifatkan siasatan transaksi anaknya sepanjang 42 tahun itu adalah tidak adil.

“Anak saya kena pergi tanya bank, tanya Petronas, dia kena korek dalam pejabat dia nak tunjuk semua bukti. Jual perkapalan dapat berapa bilion? tapi syarikat perkapalan tak beritahu pun banyak mana, ini adalah public company bukan syarikat dia, pemegang saham dia macam-macam orang lah.

“Saya sedia disiasat. Akaun saya pun boleh tengok bank mana pun, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adakah biasa tuduh saya tak bayar hasil? Semua (maklumat) itu kerajaan boleh akses.

“Kerajaan juga boleh tanya kepada Petronas kononnya ada berbilion dolar, pergi siasat itu. Saya diberitahu kononnya saya melakukan kesalahan, itulah yang saya hadapi ketika ini.

“Saya nak kamu tahu mungkin bila saya didakwa dan ditahan, kamu tahu kenapa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat