Umno tak tamak- Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak timbul isu tamak apabila Umno Selangor menyerahkan kembali kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu kepada Pakatan Harapan (PH).

Presiden Umno itu menjelaskan, keputusan dimuktamadkan Umno Selangor itu harus dihormati kerana mereka mahu berperanan secara bebas dan tidak duduk sebagai Ahli Majlis PBT.

“Tidak timbul soal tamak dalam perkara ini kerana kami ada 22 jawatan ketua bahagian (Umno di Selangor), jadi kalau ada yang dapat, ada yang tak dapat, adalah lebih baik semua tak dapat.

“Kita serahkan kepada Kerajaan Perpaduan di Selangor untuk bersama-sama dengan kami, walaupun kami berada di luar PBT itu tetapi kami akan tetap mendukung dan menyokong program kerajaan negeri melalui PBT ini,” katanya di Putrajaya lapor BH.

Terdahulu, Umno Selangor menyerahkan kembali kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu kepada Pakatan

Menolak andaian tindakan itu sebagai merajuk, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata Umno Selangor akan memberi tumpuan kepada 373 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang dilantik di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau antara lain turut menafikan dakwaan Umno tamak atau tidak sedar diri mahupun mendesak PH untuk memberikan jawatan kepada parti berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat