Ekonomi Negara Dijangka Kembali Pulih Tahun Depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesan negatif ke atas pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini adalah bersifat sementara dan dijangka pulih pada tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup berkata, pandemik Covid-19 telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini.

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) telah menguncup pada kadar negatif 2.7 peratus dalam tempoh suku ketiga 2020.

Malah, semua sektor utama ekonomi telah terjejas terutamanya dalam sektor perkhidmatan negatif 4.0 peratus, pembinaan negatif 12.4 peratus, pertanian negatif 0.7 peratus dan perlombongan negatif 6.8 peratus.

Penyusutan pertumbuhan ini antaranya disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, inisiatif- inisiatif telah diambil untuk menggalakkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi iaitu: i. Pertama, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), pada 11 Mac 2020 bagi menangani isu-isu dan cabaran semasa ekonomi.

EAC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, juga memantau impak penularan wabak COVID-19 ke atas ekonomi serta merangka langkah-langkah untuk memulihkan dan merancakkan semula ekonomi negara.

Kedua, Kerajaan telah melaksanakan beberapa pakej rangsangan ekonomi, iaitu:

a) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020;
b) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN) pada 6 April 2020;
c) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun 2020; dan
d) Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin atau KITA PRIHATIN pada 23 September 2020.

Menurutnya, pakej rangsangan ekonomi tersebut berjumlah sebanyak RM305 bilion atau kira-kira 20 peratus kepada KDNK adalah antara pakej rangsangan yang terbesar di kalangan negara membangun.

Langkah-langkah yang diambil telah berjaya meringankan beban rakyat, mengekalkan pekerjaan dan menggerakkan semula aktiviti ekonomi.

”Belanjawan 2021 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat memperkenalkan pelbagai langkah bagi memacu pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

”Ini merupakan belanjawan yang inklusif dan komprehensif, memberi tumpuan kepada tiga matlamat utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.

”Kesemua matlamat ini merupakan kesinambungan kepada pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, Penjana, dan Kita PRIHATIN yang telah diumumkan sebelum ini,” ujarnya.

Bagi tempoh jangka panjang pula, penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) kini dalam peringkat akhir.

Strategi yang akan dilaksanakan dalam RMKe-12 mengambil kira pelbagai usaha untuk memulih dan memacu semula ekonomi yang terkesan disebabkan oleh Covid-19 serta menangani isu struktur ekonomi bagi memastikan pertumbuhan yang lebih inklusif dan mampan.

Arthur menambah, kerajaan percaya dengan strategi dan langkah yang diambil untuk menangani kesan daripada pandemik Covid-19, ekonomi negara akan kembali pulih, berdaya tahan dan mampan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus
terpelihara. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat