Covid-19: NGO, Penduduk Teruskan Tindakan Saman Pemilik Restoran Nasi Kandar

- Advertisement -

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) yang mewakili lebih 200 penduduk dan peniaga di Napoh akan meneruskan saman terhadap pemilik restoran nasi kandar yang dikaitkan sebagai pencetus Kluster Sivagangga di kawasan itu pada Ogos lalu.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya yang diwakili peguam Mohammad Zunun Baihakky mengambil maklum tentang penyataan pembelaan difailkan Nezar Mohamed Shabur Batcha, 57, selaku defendan melalui firma guaman Tetuan Burhan & Company di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini semalam.

“Dalam penyataan pembelaannya, Nezar mendakwa Cake selaku plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan saman tersebut.

“Nezar menafikan apa-apa pengetahuan berkaitan kewujudan plaintif dan selanjutnya mempertikaikan hak pihak berkenaan untuk memulakan saman berkenaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini hari ini.

Katanya, selain itu, Nezar juga mempertikaikan kesahihan pelantikan plaintif sebagai wakil kepada penduduk berkenaan.

“Dalam pembelaan itu, Nezar juga menyatakan turut memfailkan rayuan terhadap pertuduhan yang dijatuhkan oleh mahkamah sebelum ini.

“Kita mengambil maklum tentang penyataan pembelaan Nezar dan akan memfailkan jawapan bagi penyataan pembelaan tersebut apabila tarikh ditetapkan mahkamah kelak,” katanya.

Pada 19 Ogos, Cake mengemukakan tuntutan saman lebih RM1 juta terhadap Nezar mewakili pemilik perniagaan, pekerja dan penerima upah dari mukim Napoh dan Megat Dewa akibat terjejas dengan perintah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim berkenaan akibat pelanggaran Nezar terhadap perintah kuarantin selepas pulang dari India.

Nezar juga telah dikenakan denda RM12,000 dan lima bulan penjara kerana melanggar perintah kuarantin di rumah pada 13 Ogos lalu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat