Pindaan akta lindungi pengguna media sosial

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sesi perbincangan pertama pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) yang berlangsung hari ini mencapai kata sepakat terhadap dua perkara utama iaitu aliran kerja proses pemindaan serta penggubalan rang undang-undang.

Perbincangan dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah turut dihadiri pegawai kementerian, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), wakil pejabat Peguam Negara, peguam dan pemegang taruh daripada industri.

“Perbincangan bersetuju dengan dua perkara kerja utama iaitu aliran kerja proses pemindaan yang membabitkan penentuan dasar, urus dengan pemegang taruh antaranya kerajaan, industri, masyarakat sivil, akademik dan ahli Parlimen serta perbandingan dengan undang-undang berkaitan di negara lain.

“Perkara kedua dipersetujui ialah penggubalan rang undang-undang pindaan akan membabitkan beberapa perkara utama iaitu kedudukan pengguna media sosial yang mengeluarkan bahan yang dikongsikan dalam platform berkenaan, penambahbaikan peraturan dan memberikan definisi baharu terhadap definisi dalam Akta 244 yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin berkata, perbincangan kedua akan diadakan pada minggu pertama September depan bagi memperhalusi perkara yang sudah dibincangkan.

“Saya yakin usaha ini akan membuahkan hasil dalam merealisasikan dan memperkasakan ekosistem industri kreatif negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata, pelaksanaan pindaan berkenaan untuk melindungi karyawan kreatif termasuk pengguna media sosial melalui penggubalan definisi baharu kepada Akta 244 itu.

“Dasar baharu ini akan terlebih terdahulu membabitkan perbincangan bersama pemegang taruh,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat