‘Kalau pakai Bollywood, okay?’

- Advertisement -

CIAPAN penyanyi Ernie Zakri di Twitter yang berseloroh mahu membuat tema Bollywood pada majlis perkahwinannya dengan Syamel nanti menimbulkan perdebatan pengguna laman sosial itu.

Menerusi ciapan itu, Ernie turut menyindir jika tema itu bakal membuatkan segelintir individu tidak berpuas hati.

Ia susulan pelakon Mira Filzah ‘diserang’ pengguna laman sosial itu kerana menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga bagi konsep penggambaran produk kanta lekap.

Ernie berkata, perkara itu tidak sepatutnya dirumitkan yang tidak pernah timbul sebelum ini.

“Jika nanti saya buat tema Bollywood untuk majlis perkahwinan, ada yang mengamuk tak? Takut digelar ‘cultural appropriation’.

“Persoalan saya, kenapa harus merumitkan perkara yang tidak wujud sebelum ini? Saya tanya saja mengenai tema Bollywood itu, bukan pasti nak buat,” katanya.

Terdahulu, dalam laporan Harian Metro, Mira mengakui tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya dalam persalinan Lehenga seperti yang dimuat naik di Instagram.

Mira berkata, tema itu adalah satu daripada konsep penggambaran produk kanta lekap selain ia adalah keinginannya sendiri selaku penggemar filem dan lagu Bollywood.

Disebabkan itu, Mira memohon maaf jika perkara itu mengguris mana-mana pihak.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat