Pasaraya Terus Dibuka Walaupun Seorang Pekerjanya Terbaring Mati

- Advertisement -

BRAZIL: Sebuah pasaraya meneruskan operasi seperti biasa walaupun ketika salah seorang kakitangannya, terbaring mati sewaktu sedang bertugas.

Kakitangan pasaraya Carrefour di Receffe, menutup mayat Pengurus Jualan mereka, Manoel Moisés Cavalcante dengan payung dan kotak sementara pelanggan yang tidak menyedari terdapat mayat di tengah-tengah pasaraya itu, meneruskan urusan seperti biasa.

Perkara itu mencetuskan kemarahan kepada penduduk Brazil apabila gambar yang menunjukkan tempat Manoel ditutup dengan payung, menjadi viral di media sosial.

Ramai mempertikaikan kenapa pengurusan pasaraya berkenaan tidak menutup pasaraya itu sebaik menyedari ada kakitangan mereka yang meninggal dunia sewaktu sedang bertugas, ditengah-tengah bahagian pasaraya pulak tu.

Carrefour Brasil meminta maaf pada hari Rabu sambil menambah bahawa kejadian itu dikendalikan dengan tidak betul.

Pengurus Jualan yang mati

Dalam kenyataan yang berbunyi: “Syarikat mengakui kesilapannya kerana tidak menutup kedai sebaik sahaja berlaku kematian kerana menunggu pasukan perubatan datang, dan juga tidak menemui cara yang betul untuk menjaga mayat berkenaan”.

Menurut Carrefour, lelaki itu adalah pengurus jualan yang jatuh sakit di dalam kedai.

Pertolongan cemas diberikan dan ambulans dipanggil, tetapi Encik Cavalcante didapati telah mati.

Carrefour menjelaskan bahawa ia “mengikuti garis panduan untuk tidak mengalihkan mayat dari tempatnya”.

Anak syarikat Carrefour SA Perancis itu, adalah salah satu rangkaian runcit terbesar di Brazil.

Pengurusan kanan Carefour kini berkata, mereka telah mengubah garis panduannya untuk memasukkan penutupan kedai wajib pada masa akan datang. Kenyataan itu menambah: “Kami meminta maaf kepada keluarga dan bersedia untuk menyokong mereka dengan cara apa pun yang diperlukan.”

Ini bukan kontroversi pertama mengenai cara Carrefour menangani insiden di cawangannya di Brazil.

Pada tahun 2018, seorang pengawal keselamatan di sebuah cawangan pasaraya itu di Sao Paulo, membunuh seekor anjing jalanan setelah memukulnya dengan batang logam, kes yang menimbulkan kemarahan di media sosial dan dengan kumpulan Whatsapp pencinta haiwan..

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat