BlackBerry Bakal Perkenalkan Telefon Pintar 5G Dengan ‘Keyboard’ Fizikal Pada Tahun 2021

- Advertisement -

Sebut mengenai jenama BlackBerry sekitar sedekad yang lalu, pasti ramai yang mengidamkannya. Rekaannya yang tampak premium, moden dan praktikal membuatkan model daripada siri Curve dan Bold menjadi pilihan.

Dalam pada itu, populariti model-model keluaran BlackBerry dilihan semakin menurun selepas orang ramai mulai beralih kepada telefon dengan skrin sesentuh penuh dimana pada ketika itu BlackBerry dilihat sangat lambat untuk mengikuti trend semasa dengan masih lagi mengekalkan keyboard fizikal.

BlackBerry-5G-smartphones-Onward-Mobility

Menerusi laporan terbaru, selepas TCL menamatkan kerjasama bersama BlackBerry, jenama ini sedia berkolaborasi dengan OnwardMobility dan FIH Mobile dalam menawarkan model terbaharu seawal tahun 2021.

Berkemungkinan masih yakin dengan pemilikan peminat keyboard fizikal, model terbaharu BlackBerry ini sekali lagi bakal disertakan dengan keyboard fizikal dengan sokongan rangkaian internet 5G.

5b1855af1ae66254008b4998

SUMBER: BUSINESS INSIDER

Walau bagaimanapun, model ini mungkin agak sukar untuk didapatkan di Malaysia memandangkan BlackBerry mungkin akan menawarkan model ini buat pasaran Amerika Utara dan Eropah sahaja setakat ini. Sama-sama kita nantikan apa lagi pembaharu terbaru yang bakal dibawakan pada model terbaru jenama yang penuh dengan sejarah ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat