Petugas Anti-Vaksin Mungkin Punca Suntikan Angin – Doktor

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang pengamal perubatan tidak menolak kemungkinan besar kejadian menyuntik picagari kosong atau tidak melakukan suntikan adalah kerana petugas terbabit merupakan kumpulan anti-vaksin.

Pengamal perubatan Dr Mansor Ramli, yang popular di media sosial dengan nama DrManTTDI. berpendapat adalah tidak munasabah untuk seseorang jururawat telatih tidak menekan jarum picagari ketika melakukan suntikan kerana ia merupakan rutin mudah.

[lihat video beliau di sini: https://www.youtube.com/watch?v=Ncen-y_EIlA ]

Beliau berkata demikian ketika mengulas video yang tular mengenai tindakan seorang jururawat tidak menekan picagri yang telah diletakkan di bahu penerima.

Dr Mansor mendedahkan beliau pernah berjumpa dengan doktor, jururawat dan pembantu perubatan yang bekerja dengan kerajaan dan anti-vaksin. Jadi jika mereka ini ditugaskan memberi vaksin kepada orang ramai kumungkinan mereka sengaja melakukan tidak suntikan atau melakukan suntikan angin.

“kalau dia nurse, dia tahu nak cucuk orang, itu bukan terlupa, tu dia sengaja tidak pam. Ini bukan kerana dia mengantuk atau penat, tapi kemungkinan dia anti vaksin atau sengaja tidak mahu cucuk vaksin kepada orang.”

Dalam Live Facebooknya juga Dr Mansor menyatakan beliau yakin dalam video yang tular tersebut jururawat terbabit tidak menekan pam jarum suntikan.

Semalam CITF mengumumkan mereka telah mengambil tindakan ke atasa petugas perubatan yang dirakam tidak menekan pam jarum suntikan ketka menjalankan prosedur vaksin di sebuah Pusat Pemberian Vaksin di Sungai Petani, Kedah.

CITF turut memaklumkan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dalam beberapa insiden lain dan sekiranya terbukti benar perkhidmatan petugas yang terlibat diberhentikan serta merta. Mereka juga akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang berkenaan perkara ini.

Menurut CITF terdapat dua lagi dakwaan mengenai suntikan vaksin kosong. Di PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), kejadian didakwa telah berlaku pada 17 Julai 2021 dan orang awam yang terlibat telah membuat laporan polis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat