‘Freedom Day’ : Malaysia Boleh Ikut UK, Tetapi …

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sekiranya jumlah jangkitan COVID-19 menurun dan kadar vaksinasi cukup tinggi, Malaysia boleh menuruti langkah pemansuhan sekatan seperti yang dilaksanakan di England.

Bagaimanapun, kata Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani, adakah rakyat Malaysia sanggup hidup dengan kes jangkitan dan kematian yang tinggi selepas pemansuhan itu.
Langkah yang digelar Freedom Day di England mempunyai kesan yang telah dijangka, katanya, dan sesebuah negara yang mahu memansuhkan sekatan perlu bersiap siaga berdepan situasi berkenaan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) itu menyifatkan tindakan England membenarkan kelonggaran mulai 19 Julai sebagai ‘langkah pramatang’.

Ia tidak sepatutnya diikuti Malaysia, katanya.

“Kalau Malaysia ingin buat kaedah yang sama dan melakukannya secara pramatang, pada pendapat saya ini perlu dielakkan kerana kita perlu betul-betul bersedia, rakyat perlu betul-betul bersedia.

“Ini kerana, rakyat perlu ada informed decision, maksudnya mereka perlu ada pemahaman yang jelas melalui komunikasi yang berkesan supaya rakyat boleh buat keputusan, adakah mereka sendiri bersedia?

“Adakah mereka sendiri yang mahukan kebebasan tersebut yang bakal mengakibatkan kemungkinan jumlah kematian golongan rentan yang tinggi?”

“Kita mesti ingat ada golongan yang belum mendapat vaksin, kita belum ada kelulusan untuk beri vaksin kepada kanak-kanak.

“Golongan ini perlu dilindungi untuk mengimbangi kebebasan yang kita mahukan dengan harga yang kita rasa berbaloi untuk dibayar,” jelas Mohd Dzulkhairi dalam temu bual di AWANI Pagi hari ini.

Bermula 19 Julai, England menjadi negara pertama di Britain yang melonggarkan semua sekatan COVID-19.

Walaupun kadar jangkitan melebihi 54,000 sehari namun semua perniagaan di negara itu dibenarkan membuka pintu masing-masing dan peraturan pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial juga dihapuskan.

Menteri Kesihatan United Kingdom (UK) Sajid Javid juga memberi amaran, kemungkinan berlaku peningkatan kes kematian COVID-19 dalam beberapa minggu akan datang.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri Britain Boris Johnson, sekatan yang dilakukan sebelum ini boleh mendatangkan situasi yang lebih parah sekiranya tidak dimansuhkan.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat