Jika Umno Nak Menang Besar PRU15, Kerjasama Dengan PN, kata Shahidan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa UMNO membuka pintu rundingan bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) jika parti itu mahu menang besar pilihan raya umum akan datang.

Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau dipetik Utusan Online berkata rundingan bersama PN itu perlu memandangkan Timbalan Perdana Menteri Kerajaan PN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan pemimpin kanan UMNO.

“UMNO sedar jika bergerak bersendirian dalam pilihan raya, mustahil akan menang melainkan menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik.

“Jadi, jika tidak bersama Bersatu dan PAS di dalam PN, adakah hendak bekerjasama dengan PKR dan DAP?

“Takkan hendak jadi pembangkang jika hendak bergerak sendirian, sudah pasti memerlukan kerjasama untuk membentuk kerajaan.

“Untuk menang besar, UMNO perlu bekerjasama dengan PN dan rundingan tersebut perlu sentiasa dilakukan,” kata Shahidan yang disingkir daripada jawatan pengerusi UMNO Perlis pada April lalu.

Dalam laporan sama, Shahidan mendakwa majoriti ahli Parlimen BN iaitu sekitar 37 daripada 42 orang kekal menyokong kerajaan PN.

Shahidan juga dipetik Utusan Online berkata dia akan bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi untuk meminta seluruh pemimpin BN menyokong PN.

Untuk rekod, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menerima asakan daripada Umno agar meletakkan jawatan.

Selain itu, rakan UMNO dalam BN iaitu MIC dan MCA juga telah menyatakan sokongan kepada Muhyiddin.

Pun begitu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata UMNO perlu tegas mempertahankan pendirian parti itu meskipun hanya tinggal tiga orang saja yang sanggup berbuat demikian.

Puad mendakwa terdapat pemimpin Umno yang sanggup menjadi “power broker” yang didakwanya mahu menjual parti dengan berunding tanpa restu presiden.

Begitu juga katanya berkenaan tindakan menteri Umno yang tidak mengikut keputusan parti agar menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

“Terbaru, MT putuskan untuk menarik balik sokongan kepada perdana menteri. Tetapi ‘kluster menteri’ pula buat keputusan songsang. Mereka sokong perdana menteri,” kata Puad pada 17 Julai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat