Petugas PPV kem Tentera Yang Cuai Telah Dikenakan Tindakan – CITF

- Advertisement -

CYBERJAYA – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas petugas kesihatan yang cuai ketika menyuntik vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu, Kem Lapangan Terbang Sungai Petani 17 Julai lalu.

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai maklum balas kepada penularan rakaman video berdurasi 29 saat di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu.

Dalam rakaman tersebut, penerima yang tidak berani melihat suntikan tidak menyedari petugas terbabit hanya meletakkan jarum di bahu tanpa menekan bahagian atas picagari bagi membolehkan vaksin masuk ke dalam badan.

“Kes pertama telah berlaku pada 17 Julai 2021 di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah di mana PPV tersebut dikhaskan kepada anggota ATM dan ahli keluarga mereka sahaja. Vaksinasi di PPV tersebut dilaksanakan oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem tersebut,” jelas CITF dalam kenyataan hari ini.

Klik Video : https://www.youtube.com/watch?v=hvZhidl-twQ

“Satu siasatan telah dijalankan oleh pihak ATM mengenai kejadian tersebut di mana individu-individu yang terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi terbabit.”

Justeru CITF berharap berharap orang ramai melihat picagari tersebut sebelum dan selepas proses vaksinasi bagi menambah keyakinan bahawa dos dan suntikan vaksin telah diberikan seperti yang sepatutnya.

Dalam kenyataan yang sama CITF turut memaklumkan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dalam beberapa insiden lain dan sekiranya terbukti benar perkhidmatan petugas yang terlibat diberhentikan serta merta. Mereka juga akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang berkenaan perkara ini.

Menurut CITF terdapat dua lagi dakwaan mengenai suntikan vaksin kosong. Di PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), kejadian didakwa telah berlaku pada 17 Julai 2021 dan orang awam yang terlibat telah membuat laporan polis.

Di PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC), dakwaan mengenai suntikan palsu ini telah dibuat pada 18 Julai 2021 dan laporan polis telah dibuat oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (HCO) terbabit.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan. Sebarang perkembangan mengenai perkara ini akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat