Mesej ada virus… karut!

- Advertisement -

TULAR dalam kiriman berantai menerusi aplikasi WhatsApp bahawa jangan membuka satu kiriman mesej yang mengandungi video kerana ia mengandungi virus. Dalam mesej berkenaan, penghantar mengingatkan kepada pengguna untuk memadamkan mesej bertemakan WhatsApp Gold kerana virus sudah ‘disimpan’ di dalam video berkenaan dan akan menjangkiti peranti pengguna jika membukanya.

Walaupun sudah ramai pakar teknologi mengatakan virus tidak mungkin untuk disimpan dalam bentuk format video, namun masih ramai pengguna di luar sana yang terpengaruh dengan mesej berkenaan.

Ia umpama ‘ajaran sesat’ dalam dunia teknologi apabila pengetahuan yang salah disebarkan malah wujud segelintir pengguna yang masih mempercayainya walaupun ia kelihatan tidak logik.

Pengguna yang membuka sebarang fail berformat video kononnya mengandungi virus adalah tidak benar memandangkan virus atau perisian hasad hanya boleh dipasang pada peranti melalui pemasangan fail format ‘.apk’.

Sebelum ini, tular di laman sosial berhubung mesej kononnya pengguna dilarang untuk membuka video bagi menaik taraf aplikasi mesej, Whatsapp kepada versi Gold dan berdasarkan mesej terbabit video berkenaan mengandungi virus.

MESEJ berantai kononnya video memiliki virus adalah tidak benar kerana virus tidak boleh disimpan di dalam format video sebaliknya akan menjangkiti peranti menerusi format .apk.
MESEJ berantai kononnya video memiliki virus adalah tidak benar kerana virus tidak boleh disimpan di dalam format video sebaliknya akan menjangkiti peranti menerusi format .apk.

Mesej berantai itu juga menyatakan jika pengguna membuka video berkenaan, peranti akan dijangkiti dengan perisian hasad dan melakukan pembersihan (format) kepada peranti. Kebiasaannya, perisian hasad atau virus akan masuk ke dalam peranti selepas pemasangan aplikasi yang diragui.

Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook berkata, mesej itu adalah palsu dan ia pernah digunakan sebelum ini untuk menakutkan orang ramai.

“Mustahil untuk fail berformat video mengandungi virus dan menjangkiti peranti pengguna. Mesej berkenaan yang dikenali sebagai Whatsapp Martinelli adalah satu contoh berita palsu sengaja untuk menakutkan pengguna.

“Untuk memasang perisian hasad kepada peranti pengguna, salah satu cara yang digunakan adalah menerusi fail berformat ‘.apk’ yang tidak disahkan.

“Kaedah lain pula adalah menerusi kelemahan aplikasi itu sendiri. Sebelum ini, wujud kes aplikasi pemain video mengandungi kelemahan dan penyerang akan memasang perisian hasad menerusi kelemahan aplikasi itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.

Beliau berkata, kaedah yang boleh diambil oleh pengguna untuk mengelakkan daripada peranti dijangkiti adalah sentiasa melakukan kemas kini keselamatan terkini.

Selain itu, katanya, pengguna juga dinasihatkan tidak memuat turun sebarang fail perisian dalam format .apk yang tidak disahkan atau yang diragui.

“Secara asasnya, apa yang boleh saya katakan mesej berkenaan video Whatsapp mengandungi virus itu adalah palsu. Saya harap pengguna lebih bijak dalam melakukan penilaian dalam sesuatu maklumat sebelum mempercayainya.

“Jika sesuatu mesej atau maklumat berkenaan meragukan, pengguna dinasihatkan supaya melakukan carian atau sedikit bacaan menerusi carian di enjin sesawang. Jangan terus mempercayai sesuatu mesej berkenaan,” katanya.

HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat