Honor 9A ‘Raja’ baharu kelas permulaan

- Advertisement -

HONOR sememangnya jenama yang mengeluarkan telefon pintar berkualiti malah memiliki tanda harga yang mampu milik dan terkini, syarikat pengeluar berkenaan melancarkan peranti baharu, Honor 9A yang dilancarkan bulan lalu.

Menerusi pandang pertama dan pengalaman penggunaan, ia sebuah peranti yang baik bagi kelas permulaan kerana dilengkapi dengan spesifikasi yang cukup untuk membolehkan peranti berkenaan melancarkan sebarang aplikasi.

Binaan fizikal peranti ini juga boleh dikatakan padat dan kompak dan ia agak berat untuk dipegang serta selesa bagi kefungsian sebelah tangan.

Telefon pintar berkenaan menggunakan pemproses MediaTek Helio P22 yang dipadankan bersama dengan kapasiti memori (RAM) 3GB.

Sesuai dengan kelas peranti itu iaitu untuk pengguna peranti kelas permulaan, ia menawarkan jumlah storan 64GB dan dilengkami dengan tiga tetapan lensa untuk kamera utama.

Bagi lensa utama, ia mampu untuk merakam gambar 13 megapiksel (MP) disokong oleh lensa kedua dengan keupayaan 5MP ultra lebar dan lensa kedalaman 2MP.

Pengguna yang gemar merakam gambar swafoto tidak perlu bimbang kerana peranti ini didatangkan dengan lensa depan 8MP.

Kapasiti bateri yang ditawarkan adalah 5,000mAh dengan sokongan dua slot kad sim nano serta slot tambahan memori MikroSD.

Skrin paparan seluas 6.3 inci Definisi Tinggi Dipertingkatkan (HD+) memberi pengalaman yang baik untuk pengguna.

Spesifikasi

 

  • Pemproses: MediaTek Helio P22
  • RAM: 3GB
  • Storan: 64GB
  • Kamera utama: 13MP + 5MP + 2MP
  • Kamera depan: 8MP
  • Bateri: 5,000mAh
  • Sokongan sim: Dua slot termasuk slot tambahan MikroSD

HMetro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat