Semakin ramai mahu Neelofa dipenjara

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Semakin ramai individu menandatangani petisyen bagi menyarankan selebriti sensasi, Neelofa menerima hukuman setimpal atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

Sehingga jam 2 petang hari ini, hampir 60,000 orang menandatangani petisyen bertajuk Langgar SOP : PDRM, Penjarakan Neelofa Segera itu.

Menerusi laman web change.org, seorang individu yang menggunakan nama Hentikan Double Standard mendakwa selebriti berusia 32 tahun itu berulang kali melanggar SOP dengan menyenaraikan beberapa kesalahan dan menuntut tindakan wajar dikenakan.

Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya di ibu negara; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu tular video Neelofa dan ahli keluarga melanggar SOP sambutan Aidilfitri lalu.

Sementara itu, hasil tinjauan di media sosial seperti di Twitter dan Instagram masih rancak memperdebatkan kesalahan demi kesalahan yang dilakukan pasangan selebriti itu.

Semalam Harian Metro melaporkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar SOP PKPB di sebuah kedai karpet, di Nilai, Negeri Sembilan awal bulan ini.

Hari ini, polis turut membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Neelofa tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban, semalam.

Terdahulu, Neelofa dan sembilan ahli keluarnya sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, berhubung dakwaan melanggar SOP sambutan Aidilfitri lalu.

Sebelum ini, Neelofa dikenakan kompaun RM20,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal ketika majlis perkahwinannya dengan Haris, manakala 20 anggota keluarganya turut dikompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Neelofa dan Haris kemudian dikompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar kebenaran merentas negeri kerana ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat