Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono – Peguam

- Advertisement -

Tindakan seorang peguam Shaharuddin Ali menghantar surat kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyemak semula keputusan kes Riza Aziz yang dilepaskan tetapi tidak dibebaskan (Discharge Not Amounting To Acquittal- DNAA) adalah perbuatan tidak masuk akal dan bersifat semberono.

Menurut seorang peguam, Shaharuddin Ali tidak mempunyai apa jua locus standi untuk berbuat demikian kerana kes terbabit adalah prosiding jenayah.

“Kuasa pertuduhan atau pengguguran kes dalam prosiding jenayah hanya boleh dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara (AG Chambers). Hanya pihak berkepentingan seperti Pendakwa Raya (di bawah Pejabat Peguam Negara) atau Peguambela tertuduh sahaja yang boleh menguruskan apa jua perkara berkaitan dengan kes.”

Bagi peguam ini, tindakan Shaharuddin ini seolah-olah cuba untuk campur tangan dalam hal-hal pendakwaan yang dikendalikan oleh Pejabat Peguam Negara. Ini jelas bertentangan dengan Kanun Tatacara Jenayah yang diguna pakai untuk semua prosiding jenayah di Malaysia.

Perbuatan Shaharuddin ini bukan sahaja tidak menghormati mahkamah, tetapi juga menganggu prosiding jenayah kes-kes lain yang berkaitan. Ini kerana sebaik diberi DNAA oleh mahkamah, Riza Aziz telah diletakkan sebagai saksi pendakwaan di dalam kes jenayah lain bagi membantu Pendakwaraya.

Peguam terbabit juga menyifatkan Shaharuddin Ali tidak begitu peka dalam hal-hal berkaitan prosiding jenayah kolar putih, terutamanya yang melibatkan pertuduhan penggubahan wang haram yang tertakluk di dalam Akta AMLATFA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001)

“Kes yang dibicarakan di bawah akta ini adalah berbeza daripada jenayah-jenayah yang lain. Bukan mudah untuk membuktikan kesalahan dan mensabitkan seseorang untuk kesalahan di dalam akta tersebut. Beban pembuktian untuk kes seperti ini adalah amat berat dan Pendakwaraya perlu mempertimbangkan kos dan pelbagai lagi isu yang ditanggung oleh pihak kerajaan.”

Perbincangan antara kedua-dua pihak pendakwaan dan peguam bela, di dalam kes seperti ini sering berlaku. Tujuan utama adalah untuk mengembalikan apa jua hasil daripada penggubahan wang tersebut kepada kerajaan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat