Thommy Thomas Perlu Berhenti Jadi Tukang Karut PH Kata Nazir

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin meenggesa bekas peguam negara, Thomy Thomas agar berhenti mempolitikkan keputusan mahkamah melucutkan hak wang tunai terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz.

Nazir melalui satu kenyataan media kepada SuaraTV berkata beberapa kenyataan Thommy sebelum ini jelas menunjukkan beliau hanya sekadar mahu menjadi tukang karut politik bagi Pakatan Harapan (PH).

“Bekas Peguam Negara, Thommy Thomas, perlu berhenti mempolitikan keputusan kes Reza Aziz yang dilepas tanpa dibebaskan dengan penyelesaian bernilai RM465.3 juta.

“Beberapa kenyataan Thommy jelas menunjukkan beliau membelakangkan landasan perundangan dan sekadar mahu menjadi tukang karut politik Pakatan Harapan.

“Ketika menjadi Peguam Negara, Thommy, telah bersetuju supaya perundingan menerusi surat representasi ini dilaksanakan dan meminta pandangan daripada pendakwaraya kes terbabit Gopal Sri Ram,” katanya memetik kenyatan tersebut.

Melalui kenyataan yang sama, Nazir turut berkata laporan yang dikeluarkan sebelum ini jelas menunjukkan keputusan melucutkan hak tersebut adalah merupakan persetujuan Thommy yang pada ketika itu merupakan Peguam Negara.

“Free Malaysia Today melaporkan minit Thommy kepada Gopal Sri Ram antara tertera “Berdasarkan kenyataan di perenggan 5.10, 5.14, 5.15, 5.18 dan 5.19, saya sedia mempertimbangkan rundingan ini. Perenggan 5.20 mengandungi syarat penyelesaian yang dicadangkan. Saya tunggu nasihat anda.”

“Minit ini jelas menunjukkan Thommy bersedia mengadakan penyelesaian tanpa melalui perbicaraan penuh.

“Jika Thommy mahu meneruskan kes ini tanpa sebarang rundingan dan persetujuan luar perbicaraan, sudah tentu beliau akan menolak surat representasi peguam Riza tanpa sebarang keperluan meminta Gopal Sri Ram mempertimbangkannya,” tegasnya lagi.

Nazir turut mempertikaikan keputusan Thommy sebelum ini yang secara jelas mengugurkan kes rasuah yang melibatkan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

“Keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam kes ini jelas lebih bermaruah berbanding cara AGC mengendali kes Lim Guan Eng.

“Riza tidak dilepaskan dan dibebaskan begitu sahaja. Beliau dikenakan denda sebanyak RM465.3 juta yang mungkin denda paling tinggi dalam sejarah perundangan negara.

“Ini jauh berbeza dengan keputusan AGC di bawah Thommy yang telah menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng ketika sedang dibicarakan.

“Kritikan berterusan Thommy Thomas ini tidak ubah seperti peribahasa “Dengar kokok berderai-derai, melihat ekor bergelumang tahi.” ujarnya lagi.

Pada 14 Mei lalu, Riza dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan skandal 1MDB.

Ia adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai oleh Riza dengan pihak pendakwaan bagi membolehkan dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan tersebut.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos depan untuk mendengar permohonan utama kes itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat