Jana Wibawa: Mungkin Muhyiddin, kawan-kawan dia ingat ini sedekah daripada kontraktor -Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil secara sinis menyindir Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan lain parti itu yang mungkin menganggap ‘komisen’ yang diperoleh daripada kontraktor projek Jana Wibawa sekadar sedekah semata-mata.

“Muhyiddin kata dia sedih Bersatu dibawa ke mahkamah.

“Dia kata ini semua adalah pendakwaan terpilih.

“Mungkin ikut dia dan kawan-kawan ini semua sedekah daripada kontraktor saja,” sindir Isham dalam catatan di Facebooknya pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan pula membidas, “mereka berlagak suci, kononnya bersih dan stabil”.

“Mereka bermewah mewah dengan dana tanpa had ketika pilihan raya.Rupa-rupanya merekalah bapa segala rasuah.

“‘Name calling’ gelaran Kluster Mahkamah kepada pepimpin Umno hanya untuk menutup kejahatan dan kecurangan diri dan parti mereka. Di saat rakyat sengsara dikurung waktu PKP, ramai yang bunuh diri angkat bendera putih, mereka bahagia dengan rasuah,” kata Zahida lagi.

Tambahnya, hari ini, Ketua Penerangan Bersatu merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah berhubung dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

“Berapa ramai lagi pemimpin PN akan jadi ‘The Real Kluster Mahkamah’? soal beliau.

Manakala Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata, kalau ikut tanda aras ‘benchmark’ penyokong Perikatan Nasional (PN), Ahli Parlimen PN Tasek Gelugor ini sudah masuk Kluster Mahkamah dan akan dilunyaikan dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Persepsi Awam (Court of Public Opinion).

“Namun sebagai orang Islam, kita harus berpegang kepada prinsip Islam iaitu “Al-Aslu Baraatu Zimmah”, seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa parti itu menjadi mangsa “pendakwaan terpilih”, selepas Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful didakwa atas dakwaan rasuah.

Pada sidang media, bekas Perdana Menteri itu berkata, setiap parti memerlukan dana untuk beroperasi dan ini termasuk dana daripada penyokong korporat.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga telah menerima dana daripada penyokong, dan beliau mempersoalkan mengapa pemimpin mereka tidak didakwa di mahkamah.

“Kami sebenarnya jangka ini akan dilakukan oleh kerajaan PH-BN untuk melemahkan Bersatu selepas melihat sokongan yang semakin meningkat kepada Perikatan Nasional,” kata Pengerusi PN itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat