Aktivis Pemuda UMNO Gesa RoS Perlu Bebas Dari Campur Tangan Individu Tertentu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktivis Pemuda UMNO, Syed Mohd Syed Nasir menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu bebas dari campur tangan individu tertentu.

Syed Mohd membuat saranan tersebut susulan rentetan dari Notis Bantahan usul ‘tambahan’ yang dibawa wakil Umno Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin yang telah mencadangkan dua jawatan tertinggi Umno yang melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

”Rentetan dari Notis Bantahan yang di hantar oleh saudara Fiqri kepada pihak ROS tempoh hari perlu diambil tindakan dengan adil seadilnya.

”Perkara ini akan menunjukkan bahawa ROS tidak berpihak kepada individu-individu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk kekal berkuasa.” kata Syed Mohd kepada SuaraTV.

KLIK UNTUK PAUTAN VIDEO: https://fb.watch/ibC4yRSrnY/?mibextid=cr9u03

Tegas Syed lagi, tindakan orang muda yang mahu menegakkan demokrasi didalam UMNO haruslah didokong bukan dihina serta disekat perkara murni begini dilakukan dengan cara yang betul.

“Tindakan perundangan ini juga membuktikan keabsahan pandangan UMNO Johor, Naib Presiden UMNO Datuk Sri Ismail Sabri dan bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkenaan dengan perlembagaan parti yang dilanggar secara terang terangan.

”Adakah dengan tindakan ROS nanti akan terbongkar kebenaran perosak-perosak demokrasi dalam negara yang takut hilang kuasa.” ujarnya.

Terdahulu pada Jumaat, Umno didakwa melanggar Perlembagaan parti semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 kerana menurut Perlembagaan Umno, Fasal 9.3 yang menyatakan Presiden, Timbalan Presiden hendaklah dipilih Mesyuarat Perwakilan Bahagian tiap-tiap tiga tahun sekali.

Ahli Umno Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom dalam sidang medianya semalam berkata, bagaimanapun usul ‘tambahan’ yang dibawa wakil Umno Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin yang telah mencadangkan dua jawatan tertinggi Umno yang melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang dan telah mendapat persetujuan majoriti daripada perwakilan PAU 2022.

“Sewajarnya pemilihan tiga tahun sekali ini adalah untuk memastikan demokrasi dalam Umno sentiasa subur. Namun, apabila dicadangkan dua jawatan tertinggi ini tidak dipertandingkan, wakil Umno Bahagian Rembau telah membolehkan pihak-pihak yang berkepentingan untuk ambil kesempatan dan secara tidak langsung telah melemahkan serta menjejaskan proses demokrasi di peringkat tertinggi dalam Umno.

“Oleh yang demikian, semangat dan niat di sebalik peruntukan ini telah dilanggar,” katanya dalam satu surat yang dikemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 20 Januari 2023.“ katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat