Perumahan Generasi Baharu Felda Sg Koyan Siap Pada Ogos Ini – Wan Rosdy

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) Sungai Koyan di Tapak 2 yang mempunyai 128 unit rumah bakal siap sepenuhnya Ogos ini.

Menurutnya lagi, beliau juga telah mengarahkan pihak kontraktor agar projek ini dapat disiapkan pada Ogos tahun ini dan pembeli dapat menduduki rumah ini pada Oktober tahun ini juga.

”Petang tadi saya mengadakan lawatan kerja ke Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) Sungai Koyan di Tapak 2 yang mempunyai 128 unit rumah.

”Selain itu, terdapat dua lagi tapak PGBF di kawasan ini iaitu Tapak 1A dengan 88 unit rumah dan Tapak 1B dengan 24 unit rumah dengan jumlah keseluruhan 240 unit rumah.

”Hasil taklimat daripada pihak FELDA, saya telah mengarahkan pihak kontraktor agar projek ini dapat disiapkan pada Ogos tahun ini dan pembeli dapat menduduki rumah ini pada Oktober tahun ini juga.” katanya selepas menerima taklimat dan jaminan daripada pihak Felda dan kontraktor terlibat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Dato’ Saiful Zaini Mohd Bokhari; Pengarah Felda Wilayah Mempaga, Encik Saidi Salleh serta Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau berharap projek ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan agar ia tidak membebankan para pembeli yang terpaksa menunggu lama menanti rumah ini.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat