Perang Lawan Covid-19 Belum Ada Tanda Bila Akan Berakhir – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Peperangan melawan Covid-19 di negara ini dijangkakan berterusan dalam tempoh agak lama dan belum ada tanda-tanda bilakah akan berakhir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, situasi itu sudah tentu menimbulkan kelesuan mental dan fizikal terutama dalam kalangan petugas kesihatan, namun tidak dapat tidak semua pihak perlu ‘berperang’ melawan ancaman itu.

Katanya, pelbagai strategi diatur bagi mengurangkan tekanan petugas kesihatan seperti melaksanakan penggantian atau penggiliran petugas di lapangan yang menjadi satu cabaran bukan mudah untuk dihadapi.

Bagaimanapun beliau yakin kes positif Covid-19 dapat distabilkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila 3,170 kes dicatatkan hari ini berbanding 4,008 kes semalam.

Mengulas perkembangan wabak itu, sebanyak 16 kluster lagi dicatatkan dan 12 kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 172,549 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 41,755 kes.

Terdapat 260 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, Kuala Lumpur menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 576 kes diikuti Selangor, 545 kes; Johor, 423 kes, Sabah, 401 kes; Perak, 245 kes; Pulau Pinang, 171 kes; Kedah, 156 kes; Kelantan, 135 kes; Sarawak, 132 kes; Melaka, 106 kes dan Negeri Sembilan, 102 kes.

Katanya, baki negeri pula mencatatkan dua angka iaitu Terengganu, 57 kes; Pahang, 48 kes; Putrajaya, 33 kes dan Labuan, 32 kes serta Perlis, lapan kes.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 2,490 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 130,152 kes.

“Kes kematian yang merekodkan 12 orang pula melibatkan empat kes dari Johor, tiga kes dari Selangor, dua kes dari Sabah manakala Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak masing-masing satu kes yang membabitkan semua pesakit adalah warga tempatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas mengenai 12 kematian, Noor Hisham berkata, ia membabitkan lapan lelaki dan empat wanita yang berusia antara 47 hingga 82 tahun.

“Pesakit mempunyai pelbagai latar belakang seperti kencing manis, darah tinggi, bronchiectasis, obesiti, jantung, strok, dislipidemia, buah pinggang kronik, tuberkulosis, bengkak kelenjar prostat (BPH) dan Uterine Fibroid,” katanya.

Sementara itu 16 kluster baharu membabitkan 11 kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Jalan Terolak di Kepong, Kuala Lumpur, seramai 16 kes positif selepas 41 individu disaring; Kluster Pasar Borong KL 2 melibatkan Lembah Pantai, Titiwangsa dan Kepong, Kuala Lumpur, sebanyak 20 kes positif selepas selepas 78 individu disaring dan Kluster Jalan Sempadan melibatkan Johor Bahru dan Kulai, Johor, seramai 530 individu disaring, di mana 35 kes positif.

Katanya, Kluster Tampoi Tujuh di Johor Bahru, Johor , seramai 15 kes positif selepas 94 individu disaring dan Kluster Seri Bayu di Kota Tinggi, Johor, sebanyak enam kes daripada 188 individu disaring serta Kluster Ladang Sebrang di Lahad Datu, Sabah, seramai 256 individu disaring, di mana 21 kes positif.

“Kluster Silimpopon di Kalabakan, Sabah, seramai 170 individu disaring, di mana 29 kes positif dan Kluster Jalan Slim di Muallim, Perak, seramai 118 individu disaring, di mana 26 kes positif serta Kluster Jalan Canang di Klang, Selangor, seramai 95 individu disaring, di mana 13 kes positif.

“Kluster Kota Muhibbah melibatkan Hilir Perak, Kinta, dan Manjung, Perak, sebanyak 15 kes positif selepas 47 individu disaring dan Kluster Orion melibatkan Kuala Muda, Sik, dan Kulim, Kedah, seramai 13 individu disaring, di mana sembilan kes positif,” katanya.

Beliau berkata, dua kluster berkaitan pusat jagaan iaitu Kluster Jalan Kelapa di Hulu Langat, Selangor, seramai 52 individu disaring, di mana 21 kes positif dan Kluster Mandin Jaya di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, seramai 133 individu disaring, di mana 29 kes positif .

“Kluster berkaitan riadah, Kluster Gunung Raya di Langkawi, Kedah, seramai 46 individu disaring, di mana 11 kes positif dan kluster keagamaan, iaitu Kluster Taman Sejahtera melibatkan Kampar, Perak Tengah, dan Kinta, Perak, seramai 70 individu disaring, di mana 35 kes positif.

“Bagi kluster terakhir, Kluster Kampung Tanah Merah di Besut di Terengganu, seramai 169 individu disaring, di mana 15 kes positif,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat