PKPB: Mesyuarat politik diteruskan dalam skala kecil – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Biarpun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pertemuan pemimpin Perikatan Nasional (PN) tetap diteruskan demi menguruskan politik semasa yang boleh dikatakan berkecamuk.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, pertemuan antara pemimpin dalam kelompok kecil perlu diteruskan dalam suasana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB.

“Demi mematuhui SOP PKPB banyak mesyuarat yang melebihi 10 ahli terpaksa dibatalkan.

“Namun, pertemuan antara pemimpin dalam kelompok kecil perlu diteruskan demi menguruskan politik semasa,” catat Menteri Wilayah Persekutuan itu di Twitternya.

Ahli Parlimen Ketereh itu memberitahu, tumpuan adalah bagaimana memastikan bahaya Covid-19 dapat dikawal dan keselamatan rakyat terjamin.

Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) yang sepatutnya berlangsung di Menara Dato’ Onn, telah dibatalkan pada saat akhir.

Menurut Annuar, mesyuarat itu akan membincangkan kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah ke dalam MN.

Manakala hari ini dijadualkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) di Janda Baik, Pahang dibatalkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, penangguhan mesyuarat MKT itu berikutan pelaksanaan PKPB.

Menurut beliau, penangguhan mesyuarat berkenaan disebabkan ahli MKT mahu mesyuarat itu diadakan secara bersemuka berbanding hanya menerusi sidang video.

Difahamkan, mesyuarat itu menjadi tumpuan umum dan penting bagi pemerhati politik berikutan pelbagai isu melanda UMNO sebelum ini termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, antara lain yang menarik perhatian apabila UMNO sebelum ini mahu menetapkan syarat baru bagi menjamin sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dijadual sepatutnya diputuskan dalam mesyuarat tersebut.

Diberitahu antara syarat baru itu termasuk mendaftarkan MN sebagai organisasi politik sah dan menaungi kerajaan PN, jawatan Timbalan Perdana Menteri diberi kepada UMNO serta portfolio penting Kabinet. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat