Muhyiddin patut tumpu urus krisis Covid-19, bukan survival politik – Guan Eng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus menyatakan bahawa tidak ada rombakan Kabinet, dan menghentikan penawaran kedudukan dan jawatan politik secara tidak bermaruah dan tidak jujur.

Desakan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang antara lain menyatakan bahawa orang awam mendambakan kerajaan yang bertanggungjawab kepada kepentingan negara dan rakyat, bukannya hanya untuk survival individu dan politik mereka sendiri.

“Ini sangat penting dalam memerangi gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang mencapai tahap tertinggi sebanyak 871 kes. Daripada memfokuskan pada survival politik dengan menyogok sokongan ahli Parlimen dengan jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“ Termasuklah jawatan besar sebagai Pengerusi Petronas, dan bahkan mengumpan prospek jawatan Menteri melalui rombakan Kabinet, masa dan usaha harus digunakan oleh Perdana Menteri untuk membetulkan kegagalan kerajaannya dalam krisis Covid-19,” katanya memetik laporan Roketkini.com.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan menyeru kerajaan fokus untuk menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan bukannya menggunakan retorik perkauman dan agama yang memecahbelahkan, untuk menyokong wira-wira barisan hadapan kita memenangi pertempuran melawan Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat