Memahami Kesukaran Zahid

- Advertisement -

ADA yang menyifatkan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi cuba bermain politik di tengah-tengah kegawatan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang lanjutan keputusan biro politik parti itu yang mencadangkan untuk menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) minggu lepas.

Polemik surat sokongan parti berkenaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyemarakkan lagi suasana yang sedia membahang.

Begitupun, apa yang tidak difahami sesetengah orang ialah, sebagai Presiden sebuah parti politik, Zahid harus mengambil kira rasa tidak puas hati ahli akar umbi parti terhadap isu kerjasama UMNO dengan Bersatu, bukan mengurus soal kepimpinan di atas semata.

Ini penting kerana ramai dalam kalangan akar umbi UMNO tidak senang memikirkan kerjasama dengan Bersatu kerana parti itu bukan sahaja didirikan oleh bekas pemimpin dan ahli UMNO untuk menjatuhkan UMNO, malah menerima wakil-wakil rakyat UMNO yang melompat tidak lama selepas menang atas tiket parti tersebut dalam PRU-14.

Dibuktikan bila hampir tidak ada sesiapa pun dalam UMNO yang membantah tindakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razleigh Hamzah menghantar surat mendesak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diberikan keutamaan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Malah, tindakan Tengku Razaleigh itu dilihat sebagai mendahulukan hasrat akar umbi UMNO dalam isu berkenaan.

Disinilah upaya Zahid dilihat teruji. Antara mengukuhkan UMNO melalui percaturan pemimpin parti dalam pentadbiran kerajaan sedia ada, dan rasa tidak puas hati akar umbi dibawah.

Bukan mudah, dua-dua pun sama penting.

Maka boleh difahami kenapa Zahid tidak segera mengulas tentang sesuatu kontroversi yang membabitkan UMNO dan Bersatu atau pihak berkepentingan lain, walaupun beliau boleh sahaja berbuat demikian – kerana perlu mengimbangi antara dua keadaan ini.

Tidak keterlaluan juga kalau dikatakan bahawa semua tindak tanduk Zahid sekarang ini, adalah semata-mata untuk mengutamakan parti, tidak langsung ada kepentingan peribadi – beliau tidak ada jawatan dalam kerajaan, kes Mahkamah masih terus berjalan seperti biasa walaupun sudah di pihak kerajaan dan sebagainya.

Malah bercakap tentang itu, kes beliau di Mahkamah terus mendapat liputan meluas termasuk dari agensi berita yang antaranya dikendalikan kerajaan persekutuan.

Nak menghentikan inipun (liputan media) Zahid tidak cukup pengaruh, nak ada kepentingan peribadi macam mana?

Kurang-kurang dengan pentadbiran yang dulu, ramai juga yang kes mereka digugurkan, diberikan jawatan penting dan lain-lain sebagai balasan memberi sokongan kepada orang yang dulu mereka sendiri lempar dengan bermacam gelaran.

Raihan Omar
Kuala Lipis

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat