Kerajaan Berjaya Harungi Cabaran Ekonomi Pasca Covid-19 – Mustapa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada awal tahun 2020 telah menyebabkan krisis kesihatan dan ekonomi negara yang belum pernah berlaku sebelum ini, namun kerajaan berjaya mengharungi cabaran tersebut, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata

“KDNK negara bagi tahun 2020 menguncup sebanyak 5.5%, iaitu penguncupan paling besar sejak Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998.

“8 pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion telah dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021 untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam melaksanakan pakej rangsangan dan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur telah mengurangkan impak besar daripada krisis ini dan juga menyokong pemulihan semula pertumbuhan ekonomi.

“Ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik pada tahun 2021 dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.1%,” katanya, menerusi satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mustapa, kejayaan program imunisasi Covid-19 negara (PICK) membolehkan Kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula 11 Oktober 2021.

“Ekonomi negara terus mengukuh pada tahun 2022 di mana KDNK negara bagi suku kedua 2022 mencatat pertumbuhan 8.9%, lebih tinggi berbanding 5.0% yang dicatat pada suku pertama 2022.

“Pertumbuhan ekonomi suku kedua adalah tertinggi di ASEAN dan lebih tinggi berbanding beberapa negara maju dan serantau seperti China (0.4%), Amerika Syarikat (1.6%), Korea Selatan (2.9%), EU (4.0%), Singapura (4.4%), Indonesia (5.4%) dan Filipina (7.4%).

“Ekonomi negara dijangka mampu mencapai sasaran di antara 5.3% hingga 6.3%. Ini mengambil kira pencapaian separuh pertama tahun 2022 sebanyak 6.9%.

“Beberapa petunjuk utama ekonomi negara turut mencatatkan prestasi yang baik seperti berikut:

i. Purchasing Managers’ Index (PMI) terus melepasi paras nilai ambang, iaitu 50.3 pada bulan Ogos 2022;

ii. Jumlah jualan kenderaan penumpang dan komersial meningkat 271.7% kepada 66,614 unit pada bulan Ogos (Jan-Ogos 2022:

62.8%); iii. Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) melonjak tinggi 12.5% pada Julai 2022 (Jan-Julai 2022: 6.6%);

iv. Nilai jualan sektor pembuatan bulan Julai 2022 meningkat 23.8% atau RM148.4 bilion, tertinggi sejak Mei 2021 (Jan-Julai 2022: RM1,007.2 bilion);

v. Jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 41% atau RM130.7 bilion pada bulan Julai 2022 (Jan-Julai 2022: RM882.2 bilion); dan

vi. Jumlah ketibaan pelancong meningkat kepada 3.2 juta pelancong bagi Jan-Jui 2022.

“Jumlah perdagangan meningkat 31.1% kepada RM1.87 trilion bagi tempoh Jan-Ogos 2022 berbanding RM1.41 trilion pada tahun sebelumnya. Eksport meningkat sebanyak 30.3% kepada RM1.0 trilion (Jan-Ogos 2021: RM778.5 bilion).

“Malaysia mencatat lebihan dagangan sebanyak RM155.6 bilion berbanding dengan RM150.1 bilion pada tempoh sama tahun 2021,” katanya.

Malah tambahnya lagi, Malaysia kekal sebagai destinasi menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI) dengan mencatat aliran masuk bersih FDI lebih tinggi sebanyak RM41.7 bilion pada Jan-Jun 2022 (Jan-Jun 2021: RM20.2 bilion).

“FDI yang diluluskan oleh MIDA mencatat RM87.5 bilion bagi separuh tahun pertama, lebih tinggi berbanding dengan RM86.7 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2021,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat