Najib Kini Dirawat Di HRC Cheras Akan Balik Ke Penjara Bila Dah Pulih – Jabatan Penjara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kini berada di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan.

Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan, 19 September lalu Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah merujuk bekas Perdana Menteri itu ke HRC bagi tujuan rawatan dan pemantuan lanjutan sehingga kini.

“Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau.

“Sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, pihak Jabatan Penjara selain melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.

“Ini termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” jelas jabatan itu dalam kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut Jabatan Penjara berkata, pada 12 September 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan supaya Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan beliau yang tidak memuaskan.

“Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara dan peruntukan di bawah Akta tersebut serta United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners (Mandela Rules), pihak Jabatan Penjara telah menghantar Najib ke HKL untuk rawatan oleh pakar perubatan di sana,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 September diberitahu, Najib perlu dirujuk ke hospital bagi menerima rawatan ekoran keadaan kesihatannya yang agak teruk.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pegawai penjara memaklumkan kepadanya bahawa ubat tekanan darah tinggi yang diambil oleh bekas Perdana Menteri ditukar sehingga memberi kesan kepada tahap kesihatannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat