Tiga pegawai SPRM ditahan kes salah guna kuasa ‘curi wang bekas ketua perisik’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap “seorang bekas ketua jabatan.”

“SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku.

“Ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September 2021,” kata suruhanjaya antirasuah itu pada satu kenyataan hari ini.

SPRM juga menegaskan siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ia akan menjejaskan siasatan.

Ini beberapa jam selepas polis menafikan menerima sebarang laporan mengenai tiga pegawai SPRM berkenaan.

Kenyataan polis pagi ini susulan hantaran viral baru-baru ini mengenai bekas ketua pengarah Badan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid yang didakwa pada 2018 dalam kes pecah amanah (CBT) membabitkan RM50.4 juta milik kerajaan.

Terdahulu polis memaklumkan tidak menerima sebarang laporan mengenai cerita yang mendakwa tiga pegawai SPRM direman kerana mencuri wang tunai bernilai A$6 juta (RM24 juta) semasa siasatan kes rasuah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan pada satu kenyataan hari ini mengulas isu viral berhubung dakwaan penangkapan pegawai SPRM itu kerana dituduh mencuri barang kes bekas ketua perisik negara, Hasanah Abdul Hamid.

“Polis ingin mengesahkan bahawa sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima oleh polis berhubung kejadian ini.

“Polis ingin menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan berita tidak benar.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalahguna media sosial untuk menyebarkan berita palsu,” katanya.

Hasanah bekas ketua pengarah Badan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) dituduh di mahkamah pada 2018 kerana jenayah pecah amanah melibatkan RM50.4 juta dana milik kerajaan.

SPRM menyita wang tunai dan barangan daripada Hasanah berkaitan siasatan kes itu.

Hasanah kemudian dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan dalam perbicaraan kes pada April tahun ini.

Terdahulu, laporan viral itu mendakwa ketika Hasanah berusaha mendapatkan wangnya, dia mendapati hanya sebahagian wang yang tertinggal dan selebihnya diganti dengan wang kertas palsu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat