PICK Remaja Bermula Hari Ini – Dr Radzi Jidin

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja berumur 12-17 tahun bermula hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, SMK Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya telah dipilih sebagai ‘kick-off’ program PICK Remaja.

Jelas beliau, PICK Remaja adalah program vaksinasi untuk kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

“Seramai 323 murid berusia 16 dan 17 tahun dari SMK Putrajaya Presint 8 (1) menjadi kumpulan pertama menerima vaksin menerusi program PICK REMAJA ini. Secara keseluruhan, terdapat seramai 377,591 murid berumur 16 tahun dan 371,676 murid berusia 17 tahun di seluruh negara, jelasnya lagi.” katanya selepas meninjau proses suntikan vaksin di SMK Putrajaya Presint 8(1) bersama Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, di Putrajaya.

Ujar beliau, proses vaksinasi pagi ini berlangsung dengan teratur dan tersusun. Sejurus tiba, murid yang ditemani ibu bapa/penjaga perlu mendaftar, diambil suhu badan, diikuti sesi kaunseling dan persetujuan sebelum dibenarkan menerima suntikan vaksin.

Mungkin imej 3 orang dan orang berdiri
Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr Radzi Jidin bersama Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin meninjau proses program vaksinasi untuk kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di SMK Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan CITF bagi membantu pendaftaran murid sekolah untuk tujuan vaksinasi serta mengenal pasti sekolah-sekolah untuk dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) kepada murid sekolah. KPM turut membantu dalam menyediakan petugas dan keperluan logistik untuk tujuan ini.

“Kerjasama strategik KPM dan KKM ini pastinya dapat mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi kepada murid sekolah dan KPM komited melakukan yang terbaik..” ujarnya lagi.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan 1 yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. -SuaraTV

 

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat