PKR Guna Lambang Sendiri Dalam PRN Sabah – Anwar Ibrahim

- Advertisement -

PORT DICKSON – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding menggunakan lambang sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata biarpun ada parti komponen Pakatan Harapan (PH) mencadangkan agar gabungan itu bertanding menggunakan lambang Warisan sebagai salah satu strategi, namun PKR mempunyai pandangan berbeza.

“Ada cadangan (guna lambang Warisan) tetapi PKR putuskan untuk guna lambang PKR,” katanya semasa ditemui wartawan di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Sebelum ini Parti Amanah Negara (AMANAH) ada menyarankan agar PH menggunakan logo Warisan dan cadangan itu akan diteliti kepemimpinan parti.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad, berkata saranan tersebut akan diputuskan selepas PH berbincang dengan rakan sekutu mereka di Sabah.

Anwar yang juga pengerusi PH berkata, pembahagian kerusi yang adil akan dibuat dalam kalangan parti gabungan untuk menentukan calon yang layak bertanding pada PRN Sabah.

“Dalam tradisi kita memang ada rundingan diteruskan supaya ada konsensus dan pembahagian yang adil akan dibuat bagi tentukan calon yang berkelayakan dan berwibawa,” katanya lagi.

PRN Sabah dijadual berlangsung pada 26 Sept manakala hari penamaan calon ialah kira-kira dua minggu sebelum itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat