Surat Tommy Thomas Kepada Sulu Dapat Mandat Kabinet PH atau Tidak, Soal MP Warisan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dua Ahli Parlimen (MP) Warisan mendakwa mereka tidak mengetahui surat yang dihantar oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas kepada kepada peguam keturunan Sulu, lapor Agendadaily.

Tommy menghantar surat kepada peguam Sulu pada 19 september 2019 sewaktu menjadi Peguam Negara ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang mana surat tersebut memberi implikasi besar kepada negara, ia juga dikaitkan dengan rampasan dua aset Petronas yang berlaku di Luxembourg baru-baru ini, kata laporan itu lagi.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman dan Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis mendakwa mereka tidak mengetahui berhubung surat tersebut dan mempersoalkan sama ada ia mendapat kebenaran Kabinet semasa dihantar kepada peguam kerajaan Sulu tersebut.

“Malah surat daripada Tommy Thomas sebelum ini, kami tidak tahu dan dimaklumkan berhubung surat tersebut.

“Kami terkejut mengetahui ada surat yang dihantar bekas Peguam Negara berhubung isu ini,” kata Azis, dipetik dari laporan itu.

Isnaraissah Munirah pula mempersoalkan sama ada surat yang dikeluarkan Tommy tersebut dirujuk terlebih dahulu kepada Kabinet kerajaan PH untuk dibincangkan sebelum dihantar kepada pihak Sulu.

“Kami juga ingin bertanya sama ada surat yang dia (Tommy) keluarkan itu mendapat mandat daripada Kabinet? Adakah dia melalui Kabinet? Adakah Kabinet mengetahuinya?” kata Munirah dalam sidang media sama.

Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan isu rampasan aset Petronas di luar negara oleh waris kesultanan Sulu.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun semasa membuat keputusan tersebut berkata usul tersebut disebabkan undang-undang subjudis menghalang dewan daripada membahaskan perkara itu.

Susulan itu, Dewan Rakyat menjadi hangat apabila menolak tersebut sehingga menimbulkan kemarahan MP dari Sabah kerana keputusan tersebut, kata laporan itu.

“Kenapa kita minta untuk dibahaskan kerana kebetulan ada Menteri Luar duduk dalam dewan.

“Jadi kita ingin tanya kepada menteri luar, kalau kita sentiasa mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat di peringkat antarabangsa khususnya kenapa tidak meletakkan satu item di dalam agenda di dalam mesyuarat itu mendesak kerajaan Filipina menggugurkan tuntutan mereka terhadap Malaysia berhubung Sabah,” kata Azis, seperti dilaporkan portal tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat