Najib Saman Tommy Thomas Atas Dakwaan Salah Guna Kuasa, Tuntut Ganti Rugi RM1.9 Juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas serta kerajaan Malaysia kerana menuduhnya di mahkamah dan menuntut ganti rugi hampir RM2 juta.

Saman tersebut difailkan pada 22 Oktober lalu melalui firma guaman, Tetuan Raj, Ong & Yudestra di Mahkamah Tinggi di sini.

Menurut semakan mahkamah, kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar, Nurliana Ismail pada 19 November ini.

Menurut pernyataan tuntutan, Najib mendakwa Tommy telah melakukan misfeasans (gagal melaksanakan tugas dengan betul) dan penyalahgunaan proses dengan niat jahat (malicious process) dan cuai ketika menjadi Peguam Negara.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, Tommy telah bersikap prejudis terhadapnya sebelum beliau didakwa di mahkamah.

Najib juga mendakwa Tommy campur tangan dalam siasatan dan tidak mengkaji kesnya dengan objektif.

Selain itu, bekas Peguam Negara itu didakwa telah menyalahgunakan kuasa bagi memenuhi rancangannya untuk memenjarakan Najib.

“Defendan juga cuai menjalankan tanggungjawabnya untuk bertindak secara adil, mengikut batasan undang-undang dan berdasarkan peruntukan Perlembagaan,” kata Najib dalam pernyataan tuntutan itu.

Najib turut mendakwa 35 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya; kecuali pertuduhan membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd., merupakan sesuatu yang telah lama dirancang oleh Tommy.

Akibatnya, Najib mendakwa beliau hilang reputasi sebagai ahli politik, hilang kebebasan semasa disiasat pihak berkuasa dan turut mengalami kesakitan, penderitaan serta trauma.

Oleh itu, Najib memohon deklarasi bahawa Tommy telah melakukan misfeasans serta ganti rugi am, teladan dan tambahan yang akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah.

Beliau juga menuntut ganti rugi sebanyak RM1,941,988 iaitu kos-kos yang terpaksa ditanggung akibat pendakwaan tersebut seperti bayaran rundingan pasukan audit untuk melakukan semakan dokumentasi dan kos yang terpaksa dibazirkan kerana tidak dapat ke luar negara akibat syarat jaminan yang dikenakan terhadapnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat