Halang Tommy Thomas Keluar Negara Hingga Kebenaran Isu Sulu Terjawab – Najib

- Advertisement -

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang bekas peguam negara Tommy Thomas daripada keluar negara sehingga kebenaran mengenai tuntutan Sulu dapat dicari.

Katanya, ia susulan dakwaan dua Ahli Parlimen daripada Sabah yang juga bekas timbalan menteri yang mendakwa mereka tidak pernah mengetahui mengenai kewujudan surat daripada Tommy kepada peguam mewakili keturunan Sulu pada 2019.

Beliau mendakwa, surat yang ditulis oleh Tommy itu juga menjadi punca aset Malaysia bernilai RM66 bilion di luar negara terancam.

”Notis saman timbang tara wakil Sulu dikemukakan secara rasmi kepada Malaysia pada bulan Jul 2019 ketika kerajaan PH (Pakatan Harapan) bermaharajalela.

“Kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara berkenaan,” katanya di Facebook.

Najib berkata, dua Ahli Parlimen merangkap timbalan menteri kerajaan PH mendakwa mereka terkejut dan tidak pernah mengetahui kewujudan surat Tommy dan tidak tahu sekiranya surat berkenaan mendapat mandat kerajaan PH.

Dalam hantarannya itu, Najib turut memuat naik video sidang media Ahli Parlimen Warisan, Azis Jamman dan Isnaraissah Munirah Majilis yang mempersoalkan sama ada surat dikeluarkan Tommy itu mendapat mandat daripada kabinet PH pada ketika itu atau tidak.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, isu mengenai surat terbabit amat berat kerana ia telah disifatkan mahkamah antarabangsa sebagai mengiktirafkan tuntutan Sulu ke atas Sabah.

”Memandangkan perdana menteri, timbalan PM (perdana menteri), menteri KDN (kementerian dalam negeri), menteri kewangan dan menteri pertahanan kerajaan PH masih membisu berhubung tuntutan Sulu dan surat Tommy ini biarpun ianya isu yang paling hangat ketika ini, saya berpendapat bahawa ianya wajar dan adil untuk kerajaan hari ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang Tommy daripada keluar negara sehingga kebenaran dapat dicari.

”Sekiranya kerajaan turut halang PM, timbalan PM, menteri KDN, menteri kewangan dan menteri pertahanan kerajaan PH dari keluar negara pun saya tak bantah sebab mereka merupakan menteri-menteri utama kerajaan PH masa itu…tak perlulah melancong ke sana dan ke sini pada masa pandemik ini,” katanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat