Fokus Tanggani Pandemik, Jangan Ada SOP Antara Dua Darjat – Aktivis Belia

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan digesa lebih fokus dan bertanggungjawab jika sekiranya ‘total lockdown’ hendak dilaksanakan bagi menangani pandemik Covid-19 yang semakin menular dalam komuniti, kata aktivis belia, Muhammad Nazmi Hakimi Bin Mohd Eirman.

Katanya, dalam aspek perlaksanaan SOP yang akan dikuatkuasakan, beliau berharap tidak lagi kedengaran SOP antara dua darjat seperti apa yang berlaku pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Hari ini merupakan hari kedua peningkatan kes jangkitan Covid-19 mencatatkan lebih daripada 6,000 kes berturut-turut dan Malaysia merekodkan 6,806 kes jangkitan pada hari ini, tertinggi sejak pandemik ini bermula tahun lalu.

“Walaupun dikhabarkan bahawa terdapat negeri yang melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran (mass testing) dan menyebabkan serta merekodkan kes jangkitan yang paling tinggi, namun ianya tetap satu perkara yang perlu dipandang serius kerana virus ini sentiasa berada di dalam komuniti,”katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Jelas Nazmi lagi, kini bukan sahaja kita perlu berhadapan dengan ledakan dan peningkatan kes harian baharu Covid-19 tetapi juga kita sedang berperang dengan varian yang lebih ganas dan mampu mencetuskan kadar jangkitan serta kematian yang lebih tinggi dan terdapat juga sebilangan pesakit yang dijangkiti tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala seperti batuk ataupun selsema dan demam.

Perkara yang amat membimbangkan kita semua katanya, ada individu yang telah dijangkiti Covid-19 tetapi tidak mengetahuinya, atau diistilahkan sebagai pembawa senyap.

“Pelbagai tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan demi mengawal pandemik ini, antaranya pelaksanaan darurat, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pelan imunisasi Covid-19 kebangsaan dan banyak lagi. Namun pada kalini, dengan kadar jangkitan yang amat tinggi dan kewujudan varian-varian baharu ini, pastinya rakyat amat mengharapkan agar wakil-wakil rakyat bekerjasama menyuarakan pendapat secara rasional agar pihak Kerajaan dapat membuat keputusan yang wajar serta sebaiknya demi mengawal penularan pandemik ini.

“Saban hari semakin ramai penjaja-penjaja kecil yang terus terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama ini. Para pelajar sekolah serta institusi pengajian tinggi juga tidak dapat menuntut ilmu seperti dahulu lagi, kini semuanya secara dalam talian dan terdapat pelbagai lagi sektor-sektor yang terkesan teruk. Pelbagai jenis bantuan yang telah diumumkan juga perlulah diagihkan secepat mungkin,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan kepada kerajaan agar bantuan kepada golongan terjejas dan berpendapatan rendah dapat dilaksanakan jika ‘total lockdown’ dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Tegasnya, proses agihan bantuan juga perlu segera dilakukan dalam tempoh tersebut.

“Sebagai rakyat yang bertangungjawab sama-samalah kita berusaha menjaga diri sebaik mungkin mengikut SOP yang ditetapkan dan banyakkan berdoa memohon perlindungan kepada Allah agar terpelihara dari wabak Covid-19 ini”. Katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat