Rekod Tertinggi, 59 Kematian dan 6,806 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes harian COVID-19 hari ini sekali lagi mencatatkan jumlah tertinggi dalam tempoh 24 jam iaitu sebanyak 6,806 jangkitan baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 492,302.

Semalam, negara merekodkan jumlah kes harian sebanyak 6,075.

Dalam tempoh yang sama, jumlah korban akibat COVID-19 juga meningkat dengan pertambahan 59 kematian baharu mejadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 2,099 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor masih mencatatkan angka tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,277 kes diikuti Kuala Lumpur (655 kes) dan Johor (245 kes).

Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat dua kes yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 50,171 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehingga kini, bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 587 orang dan daripada jumlah itu, 330 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka pesakit sembuh hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 3,916 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 440,032. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat