Adakah Dzulkefly Ahmad Sudah Nyanyuk? – Kamarul

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pensyarah Kanan Dr. Kamarul Zaman Yusoff menempelak Datuk Dr  Dzulkefly Ahmad selepas bekas Menteri Kesihatan itu menyalahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan penganjuran himpunan Tabligh di Seri Petaling yang dikatakan menjadi punca penularan wabak Covid-19.

Berikut merupakan pendedahan yang dibuat oleh Kamarul dalam tulisannya di laman Facebook milik beliau:

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dengan beraninya menyalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri kerana penganjuran perhimpunan tabligh pada 26 Februari-2 Mac 2020 yang menjadi punca kepada penularan Covid-19 di Malaysia.

Kata Datuk Seri Dr Dzulkefly: “Kalaulah ada Menteri yang lebih memaklumi kedudukan perkara perhimpunan tabligh ini, pastinya beliau itu ialah Menteri Dalam Negeri, yang sekarang ini ialah Perdana Menteri ke-8. Datuk Seri Dr Adham Baba wajar bertanya Tan Sri Muhyiddin kalau ingin tahu letak duduk dakwaannya bahawa kerajaan PH gagal mengawal perhimpunan tabligh.”

Fakta-fakta mengenai pemberian kelulusan ke atas perhimpunan tabligh ini adalah seperti berikut:

(1) Permohonan untuk melangsungkan perhimpunan tabligh ini dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Penganjurnya, Dr Haji Mohmad Mustafa, melalui suratnya yang bertarikh 16 Januari 2020.

(2) Dalam sidang media pada 29 Januari 2020 yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiada halangan untuk perhimpunan besar diadakan di negara ini. Boleh rujuk di sini: tiada-halangan-adakan-perhimpunan

(3) Dalam kenyataan media pada 12 Februari 2020, Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai, memberi amaran kepada Malaysia supaya bersedia terhadap sebarang kemungkinan penyebaran wabak Covid-19 yang lebih meluas, termasuk untuk membuat keputusan menangguhkan perhimpunan awam bagi mengurangkan kebarangkalian virus ini merebak. Boleh rujuk di sini: WHO-beri-amaran-kepada-Malaysia

(4) Dalam sidang media harian berhubung wabak Covid-19 pada 12 Februari 2020, Datuk Seri Dr Dzulkefly, ketika ditanya mengenai amaran WHO ini, menepisnya dengan berkata Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu dan belum ada keperluan untuk kerajaan melaksanakan saranan WHO supaya menangguhkan perhimpunan awam. Boleh rujuk di sini: Kadar-jangkitan-Covid-19-kekal-18-550-orang-jalani-ujian

(5) Kelulusan untuk melangsungkan perhimpunan tabligh ini pun diberi oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Annas bin Sulaiman, melalui suratnya yang bertarikh 13 Februari 2020.

Apakah Datuk Seri Dr Dzulkefly sudah nyanyuk sehingga menyalahkan Tan Sri Muhyiddin kerana penganjuran perhimpunan tabligh sedangkan yang menyatakan perhimpunan seperti ini boleh dilakukan sehari sebelum kelulusan ke atasnya diberikan ialah beliau sendiri?

Rekod-rekod membuktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin sentiasa konsisten di dalam usaha kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 dengan memastikan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mematuhi keputusan dan arahan jawatankuasa berkenaan.

Di dalam isu membendung kemasukan warga China ke negara ini umpamanya, seawal 31 Januari 2020 lagi Tan Sri Muhyiddin menegaskan bahawa KDN bersedia memperluas sekatan terhadap kemasukan warga China jika jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly memutuskan keperluan untuk berbuat demikian. Boleh rujuk di sini: kdn-bersedia-sekat-kemasukan-warga-china

Malangnya keputusan begini tidak pernah ada, malah Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri, dalam sidang media pada 21 Februari 2020 yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly, mengumumkan bahawa belum ada keperluan untuk mengadakan sekatan terhadap warga China setakat itu susulan penularan wabak Covid-19. Boleh rujuk di sini: kerajaan-belum-cadang-sekat-kemasukan-rakyat-china

Bila sudah terbukti anda sendirilah yang buat silap, lagi mahu salahkan orang lainkah?

Dan ini sajakah tahap keamanahan pemimpin-pemimpin parti yang bernama AMANAH?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat