Hina Islam, 2 Di Tahan

- Advertisement -

IPOH, — Polis telah menahan seorang jurujual dan pelajar perempuan sebuah kolej atas dakwaan menghina Islam dalam satu video yang tukar di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek pertama berusia 20 tahun ditahan di Taman Kledang, Menglembu dekat sini pada pukul 11.15 malam tadi sementara suspek kedua juga berusia 20 tahun di tahan tak lama selepas itu di Taman Silibin Ria.

“Lelaki itu mengaku sebagai orang yang dilihat ‘solat’ dalam video tersebut sementara rakannya mengaku merakam video berkenaan menggunakan telefon bimbitnya di sebuah homestay dekat Taman Lapangan Terbang sebelum memuat naik di akaun Instagram nya”.

“Rakaman video berkenaan sebenarnya dibuat pada 28 Oktober tahun lepas pada jam 1.27 pagi”, katanya bila dihubungi Bernama hari ini”.

A. Asmadi berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan telah memadamkan video tersebut setelah berasa takut bila ianya menjadi viral.

Beliau berkata, 2 buah telefon bimbit telah di rampas dan kedua-dua mereka direman selama 4 hari sehingga 22 April untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 14 Akta Kesalahan Ringan 1955; Seksyen 298 Kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1988.

Dalam video berdurasi 28 saat itu, seorang lelaki di lihat mempersendakan solat sementara rakannya boleh didengar sedang ketawa – sumber BERNAMA

– SuaraTV

Penafian: Artikel ini adalah diterjemahkan dari sumber asal. Jika wujud sebarang kekeliruan dalam terjemahan ini, sumber asal adalah terpakai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat