Banjir: 188 PPS dibuka seluruh negara – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sebanyak 188 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka diseluruh negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, PPS yang telah dibuka di 6 buah negeri yang terjejas iaitu Kelantan, Terenggani, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya lagi, setakat 18 Disember sehingga jam 11.00 malam seramai 11,384 mangsa daridapa 4,500 terlibat.

“39 PPS dibuka di Kelantan, 2 PPS di Terengganu, 84 PPS di Pahang, 9 PPS di Melaka, 9 PPS di Negeri Sembilan dan 45 PPS di Selangor.

“Semua bantuan dan asset diuruskan dan telah digerakkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Pusat.” Katanya pada Sidang media khas YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini, sebentar tadi.

Jelasnya lagi, secara keseluruhan, 66015 orang petugas agensi penguatkuasaan daripada PDRM, ATM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, JKR, JKM, Pejabat Daerah dan PBT telah terlibat dalam operasi banjir ini.

Sementara itu, dalam sidang media tersebut, Ismail Sabri menjelaskan sebanyak 45 buah PPS telah dibuka menempatkan seramai 3,826 magsa daripada 2551 keluarga di Selangor.

“Sebanyak 453 aset kenderaan dan logistic daripada pelbagai agensi kerajaan seperto APM, PDRM, JBPM, APMM, ATM, Rela dan JKM telah digerakkan untuk membantu mangsa dengan kekuatan anggota 2,817,” katanya.

Dalam pada itu, 500 orang sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa di PPS.

Dan katanya lagi, terdapat 521 pengkalan hadapan Jabatan Kebajikan Masyarakat tersedia di seluruh negara bagi membekalkan keperluan barangan untuk mangsa PPS.

Orang ramai diminta menghubungi nombor hotline National Disaster Command Centre (NDCC) di talian 03-80642400 untuk sebarang maklumat lanjut, ujar beliau. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat