MA63: Antara Punca Kejayaan Besar GPS Pada PRN Sarawak Ke-12

- Advertisement -

Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya membentuk kerajaan negeri setelah berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri ke 12 sebentar tadi.

GPS telah memenangi 76 buah kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan 76 kerusi ini menunjukkan peningkatan yang agak besar jika dibandingkan dengan kemenangan Pilihan Raya Negeri ke 11 yang lalu.

Untuk rekod, pada PRN ke 11 yang lalu, BN pada ketika itu mencatatkan kemenangan 72 kerusi daripada 82 yang dipertandingkan.

Peningkatan 4 kerusi ini disamping kemenangan bersih Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) serta kemenangan manis SUPP yang berjaya merampas beberapa kerusi yang secara tradisi dimenangi oleh DAP dan PKR menampakkan usaha tanpa henti dan jemu GPS dalam memajukan Sarawak hari ini diiktiraf oleh rakyat Sarawak diatas kertas undi.

Gaya dan kepimpinan Pehin Seri Datuk Haji Abdul Rahman Zohari Tun Haji Abang Haji Openg serta barisan kabinetnya sebelum ini amat disenangi dan boleh dianggap telah memenuhi manifesto PRN ke 11 yang lalu.

Ditambah pula dengan kejayaan besar GPS dalam usaha memastikan kerajaan pusat menyemak semula MA63 yang membawa kepada kejayaan meraih 199 undi majoriti di Parlimen bagi meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung MA63 juga dilihat antara penyumbang utama kepada kejayaan GPS kali ini.

Paling utama, kejayaan GPS kali ini menampakkan keyakinan rakyat terhadap apa yang diperkatakan oleh Abg Joe selama ini. “Masa depan Sarawak terletak ditangan Anak Sarawak sendiri”.

Terlalu banyak untuk dinyatakan tentang kejayaan dan usaha tanpa henti GPS untuk memajukan Sarawak.

Dalam perkembangan yang sama, Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak akan berlangsung malam ini seperti yg telah dijadualkan.

Walau apapun, tahniah diucapkan kepada GPS terutama Abang Joe atas kejayaan besar ini. Inilah kali pertama GPS menggunakan logo sendiri dan ianya boleh dianggap sebagai langkah kanan GPS dalam penyertaan sulung menggunakan logo sendiri bagi memacu dan terus memajukan Sarawak.

Kamarul,

Serian, Sarawak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat