MUDA Mahu Bawa Pembaharuan, Perubahan – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ingin menjadikan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai sebuah parti yang disruptif.

Apabila pendaftaran parti itu diluluskan, Syed Saddiq berkata, satu tampuk kepimpinan yang unik akan diketengahkan kepada rakyat dan struktur parti politik yang baharu.

“Kami ingin pastikan tiada lagi sayap wanita muda, kami boleh ada wanita sebagai presiden dan kami boleh melantik anak muda sebagai presiden. Ia akan berterusan, bukan sahaja pada tahun ini tetapi 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Dalam parti MUDA juga, kami ingin mengehadkan tempoh pemerintahan dan struktur (parti) itu berubah.

“Apabila parti ini diluluskan, tampuk kepimpinan yang unik akan diketengahkan dan ditawarkan kepada rakyat,” katanya pada program Perspektif Astro AWANI pada Jumaat.

Katanya, kebanyakan mereka yang menyertai MUDA itu tidak mempunyai pengalaman dalam dunia politik,

“Bagaimanapun, mereka sudah muak dengan budaya politik sedia ada dan merencanakan Malaysia yang betul-betul baharu,” katanya.
Undi 18: Anak muda tentukan kompas politik negara

Dalam perkembangan yang sama, beliau menyifatkan bahawa anak muda mempunyai kuasa yang kuat dalam politik dan mampu menentukan kompas politik negara.

Katanya, anak muda akan menjadi golongan penentu, atau ‘king maker’ dalam arena politik tanah air, selepas penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai depan.

“Saya gembira kerana ia merupakan pertama yang berjaya dilakukan melalui semangat bipartisan dnegan kerjasama dengan semua pihak, bukannya untuk pilihan raya semata-mata.

“Kedua, ia akan mencipta budaya poilitik yang sihat di mana semua parti politik, tidak kira kerajaan atau blok pembangakang akan berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menangkap dan memahami aspirasi anak muda.

“Ia kerana semakain dekat mereka dengan anak muda, ia lebih mudah untuk mereka menang pilihan raya. Isu belia kini akan menjadi isu kebangsaan, bukan hanya kekal sebagai masalah belia,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat