PM Gagal Urus Ekonomi, Eloklah PRU Segera Kata Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berikutan kegagalan mengurus ekonomi negara dengan baik dan ditambah pula dengan kejatuhan nilai ringgit, beliau menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

Ini kerana, katanya, Perdana Menteri ketika ini dilihat tidak menganggap masalah ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit sebagai sesuatu yang penting dan perlu diselesaikan segera.

Katanya lagi, berdasrkan kajian Merdeka Centre pada Disember 2021, sebanyak 12 peratus rakyat telah mula mengikat perut dengan hanya makan sekali atau dua kali sehari, 12 peratus menangguh rawatan perubatan dan 31 peratus pula rakyat lewat membayar hutang dan bil kerana tiada wang.

Tambahnya lagi, kajian sebuah entiti bukan kerajaan Mindshare pula mendapati, 61 peratus rakyat Malaysia berada dalam kumpulan berpendapatan terkebawah (B60) dengan pendapat isi rumah di bawah RM5,000 sebulan iaitu sebanyak 75 peratus berpendapatan kurang RM3,000 sebulan selepas pandemik Covid-19.

Justeru, kata bekas perdana menteri itu, Ismail didakwa tidak melihat negara berada dalam krisis dan semuanya dianggap OK.

“Kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pandemik telah memberi kesan buruk ke atas kehidupan rakyat.

“Selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, saya telah menyuarakan kebimbangan saya dan mengemukakan beberapa cadangan MPN kepada kerajaan termasuk melaksanakan semula moratorium untuk pengusaha mikro, kecil dan sederhana yang terkesan.

“Isu kejatuhan nilai ringgit juga tidak dipandang serius. Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit. Malah dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is OK.

“Nampaknya Perdana Menteri tidak memandang semua isu ini sebagai sesuatu yang penting,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, meskipun beliau tidak seperti Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendesak agar Parlimen segera dibubarkan namun melihat kepada situasi terkini, PRU perlu diadakan agar sebuah kerajaan baru yang lebih cepak, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih rakyat, katanya.

“Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi saya pun terfikir, jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya (umum) diadakan supaya sebuah kerajaan baru yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat