Khairy tetap Umno selamanya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan beliau tidak keluar Umno seperti didakwa.

Menurut Khairy meskipun ‘dipulau’ dan dipandang jelik oleh segelintir pimpinan dan ahli parti selepas beberapa tindakannya sebelum ini.

Namun bagi Khairy – Umno dulu, kini dan selamanya menjadi pilihannya.

“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap Umno.

“Saya menang Ketua Pemuda tapi tak dilantik Kabinet dan dipulau, tetap Umno.

“Waktu kalah Pilihan Raya Umum ke-13 dan macam-macam political persecution (tuduhan politik), tetap Umno.

“Saya kalah Presiden dan dipandang semacam, tetap Umno. Kena cari kawasan baharu pun, tetap Umno,” jelas beliau.

Tegas Khairy, jangan risau- dulu, kini, selamanya Umno.

Beliau berkata demikian susulan sebuah video berdurasi dua minit tujuh saat yang dimuat naik di laman Youtube bertajuk ‘KJ keluar UMNO! Sah Keputusan Muktamad Khairy Jamaluddin’.

Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa Khairy mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai cadangan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Seremban pada PRU-15 nanti.

Laporan itu adalah selepas beliau mengumumkan akan memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi Parlimen Rembau.

Khairy memaklumkan akan mengikut keputusan parti tetapi menyatakan perkara itu akan menyebabkan beliau tidak mempunyai tempat yang jelas untuk bertanding pada PRU-15.

Susulan itu, terdapat cadangan daripada Pemuda Umno Seremban agar Khairy, menjadikan Seremban sebagai pengganti kepada Rembau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat