Emir Kuwait Dimasukkan Ke Hospital, Putera Mahkota Ambil Alih Sementara

- Advertisement -

KUWAIT: Pemerintah Kuwait yang berusia 91 tahun telah dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan perubatan dan putera mahkota negara itu akan mengambil alih sementara beberapa tugasnya, lapor agensi berita negara yang kaya dengan minyak itu.

Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber al-Sabah berada dalam keadaan “sihat”, kata agensi berita KUNA pada hari Sabtu, memetik kenyataan dari kementerian diwan negara itu.

Dekri rasmi kerajaan dikeluarkan untuk membolehkan Putera Mahkota Sheikh Nawaf al-Ahmed al-Sabah, pengganti yang dilantik oleh Emir, “untuk mengambil alih beberapa bidang kuasa perlembagaan Yang Mulia Emir sementara waktu”, kata Kuna dalam satu kenyataan yang berasingan.

Kemasukan Emir Kuwait ini ke hospital berlaku ketika negara itu sedang memerangi wabak koronavirus, yang menyaksikan lebih dari 58,000 kes dan 400 kematian berlaku di negara dengan rakyat berjumlah 4.1 juta orang ini.

Kementerian kesihatannya mengatakan lebih daripada 49,000 orang telah pulih dari penyakit tersebut.

Ini bukanlah pertama kali Emir Kuwait dimasukkan ke hospital. Pada bulan Ogos 2019, Kuwait mengakui Emir mengalami masalah kesihatan yang tidak ditentukan yang memerlukan baginda dimasukkan ke hospital.

Sheikh Sabah telah memerintah Kuwait sejak Januari 2006. Baginda mendorong tindakan diplomasi untuk menyelesaikan beberapa masalah serantau, seperti tindakan boikot berterusan terhadap Qatar oleh empat buah negara Arab, dan menjadi tuan rumah persidangan penderma utama untuk negara-negara yang dilanda perang seperti Iraq dan Syria.

Sheikh Sabah mempunyai alat perentak jantung (pacemaker) yang dimasukkan pada tahun 2000 dan berjaya menjalani pembedahan saluran kencing di Amerika Syarikat pada bulan Ogos 2007 – AL Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat