Jata Negara Dalam Kasut: Zahid Mahu Siasatan & Tindakan Tegas Walaupun Selepas Minta Maaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap sebuah syarikat pengeluar kasut yang mencetak logo jata negara dalam kasut keluaran mereka.

Seperti dipetik dari akaun Twitter miliknya, Zahid berkata, “Meskipun telah mohon maaf secara terbuka kerana cetak logo Jata Negara di ‘insole’ (dlm kasut), syarikat itu tetap perlu disiasat serta diambil tindakan tegas mengikut akta yg diperuntukan”.

Tambah beliau lagi, “Semua pihak perlu lebih sensitif dgn nilai serta kemuliaan lambang2 institusi kenegaraan”.

Kelmarin, warga netizen membidas sebuah syarikat pengeluar kasut kerana disifatkan sebagai tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat di negara ini.

Ia ekoran gambar yang memaparkan logo Jata Negara di dalam kasut tersebut tular media sosial.

Pengeluar kasut jenama Beethree itu bagaimanapun telah membuat permohonan maaf terbuka semalam melalui satu kenyataan media.

Terdahulu Editor buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ dikesan melarikan diri ke luar negara kerana menghina logo Jata Negara.

Pautan asal kenyataan Zahid tersebut, boleh dirujuk disini.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat