Arca Nasi Lemak Tanah Liat

- Advertisement -

BIARPUN tiada sijil kemahiran dalam bidang seni dan hanya mempelajari teknik di YouTube, seorang wanita gembira apabila karya seninya mendapat pujian di media sosial.

Norizzati Ezwani Mohd Pazeli, 22, memuat naik gambar seni arca berbentuk nasi lemak diukir daripada tanah liat di Twitter dan mendapat permintaan ramai warganet.

“Itu percubaan pertama kali saya menghasilkan seni arca dan tidak sangka ia tular.

“Ramai buat tempahan tapi saya hanya akan hasilkan terhad kepada tujuh arca nasi lemak sahaja dan selepas itu hasilkan karya lain pula,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Norizzati Ezwani berkata, proses mengukir, mewarna dan mencantum karya seni arcanya mengambil masa lapan jam dan ia dijual pada harga RM25 setiap satu.

Menurutnya, dia mula berjinak-jinak dalam dunia seni lukisan sejak berhenti sekolah di Tingkatan 3.

“Saya tidak mengambil apa-apa kursus seni dan memilih berhenti sekolah untuk menjaga ibu yang diserang strok.

“Masa terluang di rumah saya manfaatkan belajar sendiri di Internet dan banyak merujuk kepada dua rakan sebaya saya yang ambil bahagian seni, Finaz and Adiey,” katanya yang menetap di Chukai, Kemaman, Terengganu.

Anak bongsu daripada tiga adik beradik itu berkata, dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya berhenti sekolah demi menjaga ibunya.

“Saya tak kisah sebab orang cakap kalau tolong ibu bapa, rezeki akan berbalik kepada kita.

“Adik beradik lain ada komitmen keluarga dan kerja yang tak dapat dielakkan jadi saya pilih jalan ini untuk bantu keluarga,” katanya.

Norizzati Ezwani menjadikan Instagram (IG) sebagai platform berkongsi gambar hasil karya seninya dan menjualnya jika mendapat permintaan pelanggan.

-Harian Metro-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat