Zaman Nabi, Sahabat Tiada Nikah Online Kata Zamihan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Seperti ada yang tidak kena, Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) sekali lagi tampil membidaskan pendekatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Presidennya, Zamihan Mat Zin melalui laman Facebook sebentar tadi berkata walaupun dibenarkan oleh kerajaan, namun pendekatan nikah online tidak pernah dilakukan di zaman Nabi Muhammad SAW.

“Nikah Online sah jika syarat pelaksanaan akadnya dipenuhi dan urusan ini terjamin apabila ia dilaksanakan oleh jurunikah Kerajaan. Fatwa Kebangsaan tahun 2011 dan fatwa N9 tahun 2012 boleh dirujuk.

“Namun, amalan nikah Online merupakan pembaharuan yg tidak pernah dilakukan Nabi SAW, para sahabat dan tabiin,” tulisnya memetik kenyataan tersebut.

Zulkifli sebelum ini memuatnaik rakaman klip video satu pasangan pengantin bernikah secara dalam talian yang pertama, di Malaysia.

Program julung kali anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu, berikutan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

Menurut Zamihan lagi, pengunaan nikah online ini bakal menyebabkan berlaku masalah yang lebih besar dan terdedah dengan pelbagai manipulasi.

“Walaupun sah secara bersyarat, namun ia banyak terdedah dgn gharar (tipu daya) melibatkan saksi, wali dan jurunikah tak bertauliah atau sindiket tertentu jika sesuatu pernikahan tidak mendapat keizinan wali.

“Selain itu, ia juga terdedah kepada manipulasi apabila melibatkan janda@ibu tunggal, talfiq mazhab, membuka ruang kpd kumpulan pengganas merekrut ahli, kumpulan Syiah menjalankan urusan nikah mutaah dan geng sesat untuk acara nikah batin.

“So bagi saya, menurut ruang-ruang kerosakan lebih utama dari membawa kebaikan,” tulisnya lagi.

Zamihan sebelum ini mengkritik perjumpaan Zulkifli bersama beberapa orang toloh agama kerana dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menyifatkan belas mufti Wilayah Persekutuan itu sebagai pegikut fahaman Wahabi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat