Wang Ihsan Petroleum Bukan ‘Aurat’ Kenapa Sembunyi Daripada Rakyat?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan didesak memperincikan perbelanjaan wang ihsan petroleum yang diterima daripada kerajaan pusat.

Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan mendakwa sehingga hari ini tiada sebarang penambahbaikan dibuat kerajaan negeri meskipun peruntukan telah disalurkan.

“Ke mana dan apa butiran serta perincian penggunaan selepas wang tersebut diperuntukkan?

“Hutan semakin musnah, air kekal ‘beronar’, peluang pekerjaan terus merudum seperti dulu dan harga barang makin mencanak naik.

“Adakah pimpinan PAS Kelantan menganggap wang ihsan tersebut adalah aurat sehingga ianya perlu disembunyi daripada pengetahuan rakyat?

“Apakah perancangan RM400 juta yang baru disalurkan itu dan apa yang sudah jadi dengan RM400 juta yang lepas? soalnya dalam kenyataan pada Rabu.

Hazmi menggesa kerajaan negeri supaya mengumumkan segala perbelanjaan dan perancangan berkaitan hasil yang diterima.

Terdahulu, bekas exco kanan Kelantan, Datuk Husam Musa juga menegur kerajaan negeri agar mereka menguar-uarkan perbelanjaan daripada wang tersebut.

Menggunakan peribahasa “bagai tikus jatuh ke genak (tempayan simpan) beras,” bekas naib presiden Amanah itu mengingatkan agar wang royalti petroleum tidak disalahgunakan dengan bermewah-mewahan tanpa disumbangkan kepada rakyat.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini memaklumkan kerajaan Kelantan memperolehi peruntukan RM400 juta hasil daripada petroleum pada 2020 dan 2021.

Katanya, jumlah itu merangkumi lima peratus daripada hasil pengeluaran medan-medan pengeluaran minyak yang berdekatan negeri itu.

Pada 17 Jan lalu, kerajaan Kelantan pemberian itu – yang merupakan wang ihsan dan bukannya royalti – telah dimasukkan dalam Belanjawan Kelantan 2020 dan juga 2021.

Dalam pada itu, Hazmi berkata wang tersebut perlu digunakan antaranya untuk menambah baik infrastruktur dan membantu anak muda dan peniaga yang terkesan pasca perintah kawalan pergerakan (PKP).

“RM 800 juta itu juga adalah hasil perjuangan rakyat Kelantan dan tidak adil bila mana kerajaan dapat peruntukan tersebut tetapi suara dan pendapat rakyat yang bersama berjuang dalam hal ini diketepikan,” katanya lagi.

Selain RM400 juta yang diterima kerajaan sekarang, kerajaan Kelantan turut menerima RM400 juta secara ‘one-off’ daripada pentadbiran PH pada Disember 2019, namun tidak jelas sama ada ia berkaitan dengan royalti yang dituntut daripada kerajaan pusat atau tidak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat